berita

MLM2014 : Juri Minta Peserta Jaga Sensitiviti

December 8th, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

MLM2014WEEK4-5

Jumaat lalu telah berlangsungnya Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM2014) untuk minggu keempat. Uish, kami pun tak percaya begitu pantas masa berlalu.

So, korang rasa macam mana persembahan peserta favorite korang? Okay ke idok? Hmm, bagi kami biasa-biasa saja, iyalah pendapat masing-masing. Tak gitu?

Namun, nampaknya ada juri yang tak senang dengan beberapa adegan lawak yang dibuat kali ini. Kononnya tak memikirkan sensitiviti. Haa, lawak siapa pula tu?

Artikel Berkaitan : #MLM2014 : Shiro Perlekeh Pasukan Bola Sepak Negara?

MLM2014WEEK4-6

Nah! Ini komen juri :

Saya rasa malam ini kumpulan underdog mengatasi kumpulan yang dah ada nama, gah dan ramai peminat. Mereka membuktikan mereka hebat. Dari segi jalan cerita dan props, persembahan malam ini begitu menonjol.

Cuma, malam ini agak kurang sensitivitinya. Ada perkara yang tak sepatutnya ditonjolkan seperti agama, adat resam dan pakaian tidak dijaga dengan baik. Saya harap benda-benda begini tak berlaku lagi. Pada mereka mungkin lawak, pada orang lain mungkin tak lawak. – Datuk Jalaluddin Hassan

Saya pun rasa yang sama. Seperti yang Datuk kata, malam ini persembahan lebih baik. Tapi isu sensitiviti banyak berlaku. Saya harap minggu akan datang lawak-lawak mereka akan lebih berunsur positif, tak perlu menjengkelkan dan syok sendiri. – Fazura

Kata Jalaluddin Hassan lagi, peserta harus berfikir dan berhati-hati. Pastikan lawaknya bijak, tak menyentuh sensitiviti dan perkauman.

MLM2014WEEK4-3

Bagi kami, secara keseluruhannya, kumpulan Zero berjaya menggeletek semua penonton dengan aksi bersahaja mereka.

Tak sangka pula kami apabila persembahan yang mereka tampilkan benar-benar bagus hingga menjadi kumpulan pertama dalam MLM yang dapat 4 1/2 bintang. Fuh! Cipta sejarah betul.

Namun, kami agak krik-krik sedikit apabila menyaksikan persembahan kumpulan Jalor. Bukan apa, sebelum ini kan persembahan mereka memang superb! Cuma sejak dua minggu ini seperti hilang serinya pula.

Ni nak tanya, korang pula rasa bagaimana? Jomlah share pendapat dengan kami :)

Kredit Foto : Facebook MLM2014

SKIP THIS AD ×