Bukan senang nak jadi solo stand-up comedian, betul tak? Sekurang-kurangnya bila kita mati akal, adalah kawan yang boleh tolong cover line kalau kita buat lawak dengan geng.
Tapi kami rasa kami patut bagi tabik spring kepada Nabil yang merupakan satu-satunya peserta solo dalam Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM2014).
Malam ini, Nabil berkongsi jenakanya tentang iklan tempatan yang difikirkan kurang menyengat. Antara salah satu komersial yang dikatakan tak masuk akal ialah apabila para gadis mendapat keyakinan serta-merta sebaik memakai tuala wanita.
Kami tengok di laman sosial terutamanya Twitter, ramai yang kecoh tak berpuas hati. Segelintirnya mempertikaikan tindakan Nabil yang membuat lawak berdasarkan isu sensitif seperti itu. Tapi ada juga yang mempertahankan Nabil dengan menyatakan apa yang cuba disampaikan oleh pelawak itu tak membawa kesan negatif tetapi sesuatu yang memang kelakar.
Rakan artis juga nampaknya berpendapat lebih banyak angka bintang patut diberikan kepada Nabil oleh Fazura berbanding cuma tiga sahaja. Katanya, Nabil layak memperoleh empat bintang walaupun dia terlupa dialog sekejap. Korang rasa macam mana?
Tapi apapun, kami terhibur melihat persembahan Shiro dan SYJ yang dilihat mempunyai jalan cerita kukuh dan tidak tersasar. Kudos kepada mereka. Semoga minggu hadapan lebih ramai pelawak yang berjaya membuatkan penonton terasa macam berada di stadium dan bukannya perpustakaan. Peace!
Oh, tahniah juga diucapkan kepada kumpulan Sepahtu yang memenangi anugerah Lawak Power Era dan Jep Sepahtu yang digelar Man of the Match malam ini. Jom tengok gambar-gambar dan video sekitar MLM 2014 di bawah ini.
Korang semua terhibur tak dengan lawak dari #SuperHeroLawak #Shiro ? Khas di pentas #MaharajaLawakMega 2014 A video posted by Astro Gempak (@astrogempak) on
Kredit foto & video : Facebook Maharaja Lawak Mega 2014, Instagram ERA fm & Astro Gempak