Mayat seorang model yang hamil dua bulan ditemui mati dan disumbat dalam peti sejuk selepas mengalami kecederaan traumatik akibat daripada dipukul.
Artikel Berkaitan: Dua Wanita Maut, Pikap Terjunam Dalam Sungai
Artikel Berkaitan: Berang Diberi RM100, Penganggur Cuba Bunuh Isteri Jerut Leher Sampai Pengsan
Telah dibunuh
Gambar sekadar hiasan
Menerusi laporan Mirror UK, siasatan polis mendapati Maleesa Mooney telah dipukul dan diikat sebelum dia disumbat ke dalam peti sejuknya sendiri.
Maleesa telah dibunuh pada 12 September di apartmennya di pusat bandar Los Angeles.
Menurut laporan perubatan, bedah siasat menunjukkan Maleesa mungkin terlibat dalam pertengkaran fizikal yang ganas.
Bagaimanapun, berdasarkan keadaan bagaimana Cik Mooney ditemui, kecederaan ini menunjukkan dia mungkin terlibat dalam pertengkaran fizikal yang ganas sebelum kematiannya.
Keluarga Maleesa pada awalnya menghubungi polis untuk pemeriksaan kesihatan selepas mereka mendapati telefonnya berada di luar talian.
Sepupunya, Bailey Bobb, berkata bahawa dia tidak menjawab telefonnya secara tiba-tiba selama seminggu dan ia telah menimbulkan kebimbangan terhadap keluarganya.
Seminggu telah berlalu, baru kami tahu ada sesuatu yang tidak kena di mana mesejnya tidak dihantar dan daripada situ, kami tahu ada sesuatu yang berlaku.
Mayat Maleesa ditemui dua hari selepas model lain, Nichole Coats mati di apartmen mewahnya di pusat bandar Los Angeles. Disebabkan itu, ia telah mencetuskan kebimbangan bahawa seorang pembunuh bersiri sedang berkeliaran di kawasan itu.
Sumber: Mirror UK