berita

Model & Pelakon Jelita, Carmen Soo Tak Rasa Dirinya Seksi

November 23rd, 2012 | by Ai
Kini Trending

Petang semalam telah berlangsungnya majlis pelancaran produk terbaru InnerShine RubyCollagen Essence bertempat di G Tower, Kuala Lumpur.

Produk terbaru keluaran BRANDS ini telah memilih model dan pelakon jelita Carmen Soo sebagai duta baru produk mereka.

Menurut Naib Presiden dan Pengurus Besar Cerebos Malaysia Sdn Bhd, En Koh Joo Siang, pemilihan Carmen Soo sebagai duta produk terbaru ini adalah kerana kecantikan semulajadi yang terdapat pada pelakon tersebut.

Sebagai duta produk, Carmen Soo turut akui produk InnerShine ini amat sesuai untuk dirinya dan hasilnya dapat dilihat dalam masa yang cukup singkat.

Kerjaya sebagai pelakon membuatkan diri saya sentiasa sibuk dan kadang kala hampir terlupa untuk menjaga kecantikan diri sendiri. Dengan adanya suplemen tambahan seperti InnerShine RubyCollagen Essence ini, ia mampu mengekalkan kecantikan wajah saya meskipun tanpa menggunakan secalit alat make-up

“Sekiranya saya mengikuti penggambaran filem di Filipina, saya terpaksa menjalani penggambaran selama 24 jam dan itu adalah perkara biasa bagi industri lakonan di sana. Oleh kerana terlalu terikat dengan jadual penggambaran, kadang kala saya malas untuk memakai sebarang alat solekan pada wajah dan lebih selesa untuk tampil ‘nature beauty,” ujar Carmen Soo sambil tersenyum manis.

Mengulas lebih lanjut mengenai rahsia kecantikan pelakon ini, muncul juga persoalan apakah reaksi dan komen Carmen Soo apabila tersenarai sebagai ‘The 25 Sexiest International Actresses’ menerusi sebuah majalah di New York pada bulan Jun lalu.

Saya tak rasa diri seksi. Apa pun say nak ucapkan terima kasih sebab telah senaraikan nama saya dalam kategori tersebut.

“Bagaimanapun, itu semua adalah sementara sahaja. Kita tak tahu bagaimana keadaan diri kita pada masa akan datang. Mungkin boleh kekal cantik dan mungkin juga tidak,” ujar Carmen Soo merendah diri.

Memandangkan Carmen Soo sering bekerjasama dengan produksi Filipina, timbul juga gosip yang mendakwa kononya pelakon jelita ini bercinta dengan pelakon kacak negara tersebut, Jericho Rosales.

“Itu adalah gosip biasa di Filipina. Saya akui kami memang rapat, tapi sekadar rakan sekerja sahaja. Lagipun dia dah ada teman wanita dan saya tumpang gembira dengan perkara tersebut.”

“Sebenarnya saya baru sahaja mengenal hati budi seseorang sejak beberapa bulan yang lalu. Dia adalah orang biasa dan tidak terlibat langsung dengan industri hiburan,” ujar model jelita ini sambil tergelak kecil.

Merujuk perkembangan terbaru, pelakon ini dikatakan bakal muncul dengan filem terbaru berjudul ‘Ghost Child.’ Dia juga akan menjalani tiga penggambaran tele-movie di Singapura pada hujung minggu ini.

Berikut merupakan TV komersial Carmen Soo untuk produk terbaru InnerShine RubyCollagen Essence yang telah dimuat naik mulai 21 November lalu.

SKIP THIS AD ×