Isteri kepada pelawak popular Shuib iaitu Watie Hanifiah tidak akan melupakan tarikh pernikahan mereka yang dianggap cukup bermakna buat dirinya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Watie Dedah Shuib Tak Izin Menyanyi Di Majlis Kahwin, Netizen Puji Suara – ‘Dengar Sampai 5 Kali’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Tuduh Shuib ‘Menduakan’ Siti Sarah, Abang Arwah Back Up -‘Mereka Merapu’
Amanah seorang isteri
Menerusi kemas kini di Instagram, Watie yang juga usahawan berkata, pada tarikh tersebut bermulalah perjalanan dan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri.
Malah, dia turut berdoa agar amanah sebagai seorang isteri dapat dipukul dan dilaksanakan dengan sebaiknya.
Hari untuk diingati. Bermulalah perjalanan hidupku yang baru selepas sah menjadi seorang isteri.
Moga Allah jadikan aku isteri yang mendengar kata dan taat pada suami. Isteri yang sentiasa bertolak ansur dengan suami.
Isteri yang tinggi sifat sabarnya dan isteri yang suka bergurau senda gelak ketawa mengilai, eh.
Moga isteri yang Allah takdir kan untuk awak (Shuib) ini, menjadi isteri yang solehah.
Sementara itu, rata-rata wargamaya yang singgah ke ruangan balas mendoakan Watie dapat menjalankan tugasnya dengan baik serta dapat membantu Shuib dalam membesarkan anak-anak.
Terdahulu, pada 23 Jun lalu, Shuib dan Watie sah bergelar suami isteri dengan hanya sekali lafaz dalam sebuah majlis yang berlangsung di Shah Alam.
Untuk rekod, ini merupakan perkahwinan kedua buat Shuib apabila sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi popular Allahyarham Siti Sarah Raisuddin pada 2011.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan, 2.
Namun, Allahyarham Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19.
Sumber: Instagram