Usahawan, Watie Hanifiah mendedahkan dia ingin menghiburkan tetamu yang hadir ke majlis pernikahan namun suaminya, Shuib tidak mengizinkan.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Jep Dedah Tak Dijemput Ke Majlis Kahwin Shuib & Watie
Artikel Berkaitan: Watie Dedah Masa Bercinta Tak Pernah Keluar Berdua, Sifatkan Shuib ‘Suami Kiriman Tuhan’
Artikel Berkaitan: ‘Bangun Pagi Know Know Dah Ada Suami’ – Watie Hanifiah
Tak bagi menyanyi
View this post on Instagram
Menerusi hantaran di Instagram (IG), Watie akui pernah mempersoalkan kenapa dia tidak boleh menyanyi sedangkan penyampai radio itu meletakkan ciri-ciri itu sebagai syarat utama.
Boleh la lepas kempunan sebab masa majlis perkahwinan haritu dia tak bagi isteri dia menyanyi.
Bukan senang sebenarnya si suami (Shuib) nak bagi isteri dia menyanyi. Sampai kan kadang-kadang tanya dekat dia, awak kata cari pasangan yang pandai menyanyi tapi kenapa tak bagi saya menyanyi? Saya nyanyi tak sedap ke?
Bagaimanapun, Watie atau nama sebenarnya Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah terharu apabila Shuib memberi ‘green light’ untuk dirinya mendengdangkan lagu Cinta Tak Harus Memiliki nyanyian asal kumpulan ST12.
Di hantaran itu, Watie, 35, memuat naik video yang memaparkan Shuib sedang bermain gitar di dalam sebuah bilik dengan pencahayaan samar-samar.
Tapi malam tadi dia baik hati. Buat pertama kali dia sudi main gitar sambil dengar isteri dia nyanyi.
Netizen suka suara Watie
Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet tidak menyangka Watie mempunyai bakat terpendam selain memuji kelunakan suara.
Pada 23 Jun lalu, pemilik nama Shahmira Muhamad sah menjadi suami kepada usahawan, Watie, dengan sekali lafaz di Putra Glass House, Putra Heights.
Terdahulu, Shuib dan Watie mengikat tali pertunangan pada 6 Mei lalu dalam sebuah majlis tertutup.
Sekadar info, Shuib berkahwin dengan penyanyi, Allahyarham Siti Sarah Raisuddin pada 2011. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan, 2.
Namun, Allahyarham Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19.
Sumber: Instagram