Baru-baru ini pendakwah bebas, Da’i Syed atau nama sebenar Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful memaklumkan dirinya sudah bersedia untuk mengahwini pengacara, Hana Ismail.
Pasangan itu bagaimanapun telah mengikat tali pertunangan seperti yang disahkan oleh pelakon Umie Aida di laman Instagramnya, semalam.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Sudah Bersedia Untuk Berkahwin Dengan Pengacara Hana Ismail’ – Da’i Syed
Sah bertunang
Menerusi video dan gambar yang dimuat naik Umie Aida, dia yang hadir sebagai tetamu di majlis pasangan tersebut berkongsi kemeriahan majlis kecil itu yang kelihatan dihadiri oleh ahli keluarga terdekat.
Menghitung hari ke alam tanggungjawab yang lebih fokus dan besar. Kunci kebahagian sentiasa bersyukur dan menerima kelemahan pasangan masing-masing dengan hati terbuka. Jaga amanah ini sebaiknya.
Semoga adikku berdua dalam lindungan dan Rahmat-Nya. #majlismerisikdanbertunang
Sementara itu, Da’i Syed sempat memunaik naik gambar dan kapsyen agar segalanya dipermudahkan buat mereka di Instagram Storynya, semalam.
Pilihan yang tepat
Sumber: Instagram @umieaida9 & @daisyed_