berita

Mohd (Mentor) Dianiaya Selepas Tolak Ajakan Kahwin

February 20th, 2013 | by Ai
Isu & Kontroversi

Mohd

Dunia sudah berubah, tolak ajakan kahwin pun, ada juga yang akan aniaya. Itulah yang berlaku pada Mohd, bekas juara rancangan realiti Mentor yang juga merupakan protege kepada Ziana Zain.

Penyanyi ini sebelum ini telah ditahan polis atas dakwaan merogol oleh seorang individu yang dipercayai juga merupakan seorang artis wanita.

Mohd bagaimana pun dibebaskan dari tuduhan dan dia menerusi kenyataannya pada Media Hiburan hari ini  menjelaskan bahawa dia sebenarnya telah dianiaya.

Mohd juga mendedahkan bahawa dia dan wanita yang mendakwanya tidak pernah mempunyai apa-apa hubungan istimewa.

Saya tidak pernah bercinta dengannya. Hubungan kami hanya rakan artis. Sebulan kami berkenalan, saya jadi pelik kerana dengan tiba-tiba dia mengajak saya untuk berkahwin dan saya pun jadi musykil. Selepas saya menolak berlakulah seperti apa yang dilaporkan.

Nampaknya, kita bakal melihat siapakah yang bersalah dan juga si penganiaya selepas ini. Kebenaran pasti akan berpihak pada pihak yang betul.

SKIP THIS AD ×