Baru-baru ini, jutawan kosmetik Datuk Seri Vida mengakui masih belum berani memberitahu anak perempuannya, Cik B mengenai hasratnya untuk mendirikan rumah tangga bersama Iqbal Zulkefli.
Bagaimanapun, Cik B tampil memberi respon sarkastik dengan menulis di Twitter dengan kapsyen ‘pura-pura terkejut dan tidak tahu’ mengenai berita tersebut.
Artikel Berkaitan: Vida Tak Berani Beritahu Nak Kahwin Lagi, Ini Reaksi Cik B – ‘Pura-Pura Terkejut & Tak Tahu’
Artikel Berkaitan: Iqbal, Vida Bagi ‘Hint’ Bakal Naik Pelamin Disember Ini
Cik B tak restu?
Terbaru, Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman memohon agar orang ramai mendoakan supaya Cik B dilembutkan hati menerima keputusannya untuk berkahwin.
Menerusi Instagram Live, Vida tidak dapat menahan air mata apabila menangis beberapa kali ketika berbicara mengenai anak tunggal perempuannya itu.
Cik B perlukan masa, you guys boleh tolong tak, minta tolong doa. Doakan Cik B lembut hati.
Doa saya ni ibu memang la, insya-Allah makbul tapi nak makbul cepat supaya lembut hati Cik B dalam semua urusan.
Termasuklah menjadi anak yang soleh, hebat, rajin bisnes, cantik, kurus dan berdikari.
I never leave you alone
Dalam pada itu, pelantun lagu I Am Me turut meluahkan rasa sayang tak terhingga terhadap pemilik nama Nur Edlynn Zamilleen Muhammad Amin.
I love you so much Cik B. I care about you.. I never want put you down. I never leave you alone.
Dalam rakaman tersebut, Vida terpaksa ditenangkan oleh pembantunya selepas tidak dapat mengawal perasaan sebak.
Terdahulu, Iqbal mendedahkan dia dan Vida hampir berkahwin pada tahun 2018 namun tidak kesampaian atas sebab-sebab tertentu.
Sumber: Instagram @datoserivida