berita

‘Mohon Doa Restu’ – Lelaki Nekad Bersanding Dengan 2 Isteri Serentak

November 5th, 2022 | by Wani
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Di Jakarta, Indonesia, seorang lelaki yang berasal dari wilayah Sumatera menjadi bualan netizen di media sosial apabila kad kahwinnya menunjukkan dia bakal bersanding dengan dua wanita pada hari yang sama.

Artikel Berkaitan: ‘Tak Sampai Hati Lihat Ada Yang Terluka’ – Lelaki Ini Nekad Kahwin Dua Teman Wanita Serentak

Bersanding serentak

Menerusi laporan Detik Sumut, pengantin lelaki, Novri Rio, telah menikahi isteri pertama pada 29 Oktober lalu manakala isteri kedua pada 1 November lepas. Menurut Ketua Camatan Jirak Jaya, Yudi Suhendra, dia dijemput hadir ke majlis ketika memberi pengesahan kepada berita Detik Sumut.

Ya benar, saya juga turut diajak oleh kedua ibu bapa dari belah pihak lelaki.

Susulan daripada itu, majlis persandingan ketiga-tiga pengantin bakal diadakan pada hari yang sama, 19 November, di Sungai Keruh.

Sumber: Detik Sumut

SKIP THIS AD ×