berita

Mohon Korang Kopek Dulu! – Betul Ke Ada Bubuk Dalam Kurma? Tak Bersih?

May 24th, 2017 | by Hanis Aliaa
Kini Trending

Admin yakin semua tengah sibuk buat persediaan untuk menyambut kehadiran bulan Ramadan Al-Mubarak. Mesti semua dah pergi cari buah kurma kan? Kalau sebelum ni admin pernah kongsi pasal perlu tak korang basuh kurma sebelum makan.

Artikel berkaitan : Makan Kurma Perlu Cuci Tak? Penjelasan Wanita Ini Pasti Buat Anda Terkejut

Ini lain pulak ceritanya. Wanita ini berkongsi bukan setakat korang kena basuh, tapi kopek dulu buah kurma itu. Tengok dulu takut ada bubuk yang ada dalam isi buah kurma. Betul ke ni? Korang tengoklah sendiri gambar yang dikongsi wanita ini. Naik geli admin tengok.

Tak kira yang mahal atau murah.

Admin mengaku admin terus bedal ja kalau makan kurma ni. Bersangka baik sebab buah kurma kan. Takda apa sangat nak risau. Makanan sunnah pulak tu. Tapi bila dah tengok gambar ni mungkin akan buat korang geli nak makan tanpa periksa isi dalamnya.

Melalui pembacaan, ini sebenarnya bubuk disebabkan buah kurma ni dah lama. Sama macam beras la kan. Bila lama sangat adalah bubuknya.

Banyak betul bubuknya.

Banyak kan? Admin ada terbaca katanya ulat atau bubuk yang wujud dalam kurma ni sebenarnya bagus untuk kita makan. Kononnya dapat membunuh bakteria jahat dalam badan manusia. Sebab itulah masyarakat Arab dulu sihat-sihat. Betul ke ni?

Mungkin ada yang lebih pakar boleh jelaskan tentang hal ni. Tapi apa-apa pun sesiapa yang tak confident nak makan tu bolehlah kupas kurma dan buang bubuk yang ada. Sebab kalau beras pon kita buang. Nasihat admin beli kurma tengok tarikh kurma dikeluarkan. Ambik yang paling latest untuk elakkan hal macam ni terjadi.

Kredit : Siti Norbaya Binti Sabaran

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×