berita

Mohon Padam Semua Gambar Bersama, Nadia Brian Minta Bekas Suami Pulangkan 19 Kotak Barangan

April 10th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Pelakon, Nadia Brian memohon kepada semua pihak agar tidak menggunakan atau mencantumkan gambar dia bersama bekas suami, Muizz Nasruddin dalam apa saja artikel mahupun siaran.

Artikel berkaitan: ‘Setelah Beberapa Lama Gantung Tanpa Tali Akhirnya Saya Sudah Bercerai..’ – Nadia Brian

Artikel berkaitan:‘Jangan Kaitkan Saya Bersama Dia Lagi’ – Bekas Suami Doa Nadia Brian Dapat Kebahagiaan Yang Dicari

Tak mahu ada kaitan lagi

Menerusi laporan Harian Metro, Nadia turut meminta supaya Muizz memadam semua gambarnya yang ada dalam simpanan termasuklah di mana-mana platform media sosial.

Saya mohon kepada semua pihak supaya tidak menggunakan gambar saya bersama bekas suami, tidak kiralah gambar bersama dalam satu foto atau gambar yang dicantumkan. Saya tak mahu ada apa-apa kaitan dengannya lagi. Saya juga minta Muizz supaya memadam gambar-gambar yang ada kaitan dengan saya tidak kiralah sama ada dalam simpanannya atau di platform media sosial.

Ada 19 kotak mengandungi barangan yang saya beli sendiri, hadiah peminat, barangan daripada pereka fesyen dan tajaan milik saya masih ada dengannya. Saya harap dia dapat pulangkan barang-barang itu kerana kami sudah tak ada sebarang kaitan.

Ujar Nadia, selain gambar ada juga beberapa barangnya yang masih disimpan oleh Muizz.

Keluar untuk bekerja

Mengulas mengenai isu kerap berada di luar walaupun baru seminggu bercerai, Nadia menegaskan bahawa dia keluar untuk mencari rezeki bagi menyara kehidupannya bersama ibu serta neneknya.

Saya keluar bekerja. Memanglah di Instagram nampak macam saya sendiri tapi itu semua adalah atas urusan kerja. Saya tahu ada netizen kritik dan saya berterima kasih kepada yang faham dengan situasi saya.

Terdahulu, Nadia meluahkan rasa syukur kerana episod hitam sudah berakhir. Walaupun mahligai yang dibina hanya bertahan selama enam bulan, proses perceraian di antara mereka telah memakan masa hampir setahun ujarnya.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×