berita

Mohon Siasat Atas Kesalahan Membunuh, Isteri Mangsa Langgar Pemandu Mabuk Rayu Keadilan

June 3rd, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Kes kemalangan yang meragut nyawa seorang runner Foodpanda beberapa hari yang lalu, ternyata masih menjadi perhatian umum sehingga hari ini. Dilaporkan motosikal yang ditunggang Allahyarham Mohamed Zaili telah diseret hampir 3km oleh sebuah kereta yang dipandu remaja berusia 21 tahun dipercayai di bawah pengaruh alkohol.

Menerusi Twitter Mohd Redzuan Abdul Manap, isteri mangsa iaitu Zahlawati Zahlan memohon agar suspek dihukum mati kerana menyebabkan dirinya dan anak-anak kehilangan insan tersayang dan juga sumber pendapatan.

Buat laporan polis

Menerusi satu rakaman video, Zahlawati telah memberitahu bahawa dia perlukan keadilan di atas kematian suaminya. Sebagai isteri, dia berharap nasibnya terbela kerana kehilangan arwah bukan sahaja menyebabkan dirinya dan anak-anak kehilangan tempat bergantung malah, mereka turut hilang sumber pendapatan.

Tambahnya, perkara tersebut bukan sahaja dilaluinya sendiri, pasti orang lain turut mengalami nasib yang sama. Oleh itu, dia berharap keadilan wujud dalam kes tersebut. Dia turut berharap kertas siasatan bakal dibuka oleh pihak polis berikutan suspek sengaja memandu dalam keadaan mabuk dan melanggar suaminya sehingga maut. Melihat kembali rakaman video yang tular, suspek dipercayai membuat tanda isyarat tangan ‘thumbs up’ dan ianya seolah-olah suspek sedar akan perbuatannya itu.

Menghantar pesanan makanan

Terdahulu, arwah dipercayai keluar untuk menghantar makanan di rumah rakannya di Pantai Dalam pada jam 9.30 malam. Kira-kira jam 1.30 pagi, Zahlawati cuba menghubungi arwah suaminya sebanyak lima kali dan tidak berjawab, namun panggilan keenam dijawab oleh orang awam yang memaklumkan suaminya terbabit dalam kemalangan. Terkejut mengenai berita tersebut, dia bergegas ke lokasi dan mendapati arwah sudah tidak lagi bernyawa.

Sumber: Mohd Redzuan Abdul Manap

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×