berita

Mojo Buktikan Kemantapan Vokal Di Hong Kong Asian-Pop Music Festival 2013

April 1st, 2013 | by Ai
Kini Trending

 MOJO

Kumpulan yang terkenal menerusi lagu “Andaiku Bercinta Lagi,” Mojo baru-baru ini telah memenangi anugerah bagi kategori Persembahan Vokal Terbaik dalam majlis penganugerahan Hong Kong Asian-Pop Music Festival (HKAMF) yang telah diadakan pada 22 Mac lalu di Hong Kong Convention dan Exhibition Centre (HKCEC).

Secara umumnya, festival muzik kali ini merupakan sebuah acara muzik Asia serantau yang dianjurkan oleh International Federation of the Phonographic Industry (Hong Kong Group) yang terdiri daripada sebuah persembahan muzik dan Pertandingan Asian Super Nova oleh 7 wakil artis dari rantau Asia antaranya adalah China, Hong Kong, Taiwan, Jepun, Korea, Singapura dan Malaysia.

Festival ini turut mendapat kerjasama daripada sebuah forum perniagaan, iaitu “The New Era of Asian Music”, di mana ia bertujuan untuk membincangkan maklumat terkini dan teknologi dengan rakan-rakan dalam industri.

Untuk makluman, kumpulan Mojo baru-baru ini telah dicalonkan oleh Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) untuk bersaing dalam anugerah HKAMF  kerana berdasarkan kemenangan mereka dalam kategori Artis Baru Terbaik dalam Anugerah Industri Muzik ke-19 (AIM) pada November tahun lalu.

Sebelum ini kumpulan yang pernah bertandingan untuk kriteria yang serupa adalah Bunkface (2011) dan Projek Pistol (2012).

Selepas ini, jom layan sedikit sedutan video “Disebalik tabir kejayaan Mojo di HKAMF 2013.”

SKIP THIS AD ×