berita

Mojo Diberi Penghargaan Rakamkan Lagu Tema Filem Vikingdom

August 22nd, 2013 | by Ai
Video Popular

Mojo2 jpg

Kumpulan yang terkenal menerusi lagu Andaiku Bercinta Lagi, Mojo telah diberi penghormatan besar oleh pihak KRU Studios untuk menyampaikan lagu tema filem Vikingdom berjudul Dark Clouds.

Nampaknya dengan peluang yang diberikan ini, kumpulan Mojo bakal memperluaskan lagi kerjaya mereka ke peringkat antarabangsa. Ini kerana filem Vikingdom akan turut menemui penonton di lebih 80 buah negara mulai September 2013 hingga Mac 2014.

Untuk pengetahuan, Dark Clouds merupakan lagu ciptaan Yusri dan Edry Abdul Halim di mana lagu ini juga merupakan single versi Bahasa Inggeris pertama buat kumpulan tersebut.

Vikingdom

Sedutan filem Vikingdom

Menurut laman akaun Twitter KRU Studios, filem Vikingdom akan mula ditayangkan di seluruh pawagam Amerika Syarikat pada 4 Oktober ini, manakala di Malaysia, filem ini akan mula menemui penonton pada 12 September depan.

Filem Vikingdom 1

Filem Vikingdom 2

Artikel Berkaitan :

Sementara menunggu filem Vikingdom muncul di pawagam, apa kata kita layan dulu video klip terbaru kumpulan Mojo menerusi lagu mereka Dark Clouds selepas ini. Jom layan!

SKIP THIS AD ×