Pengarah muzik dan komposer, Datuk Mokhzani Ismail memuji kredibiliti yang dimiliki oleh penyanyi tersohor negara Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Dah Bekerja Dengan Banyak Artis, Tapi Saya Rasa Dia Paling Humble’ – Chaan
Artikel Berkaitan: #SFMM38: Juri Terkilan Lagu Tidak Dinyanyikan Penyanyi Asal – ‘Contohi Jamal Abdillah & Ziana Zain’
‘Siti tiada tolok bandingnya’
Menerusi perkongsian di Instagaram, Mokhzani berkata Siti atau nama lengkapnya Siti Nurhaliza Tarudin, 45, berada di kelasnya tersendiri dan keistimewaan yang dimiliki penyanyi itu tiada tolok bandingnya.
Malah, dia turut mengakui Siti penyanyi nombor satu negara.
Tidak keterlaluan kalau nak sebut Datuk Seri Siti Nurhaliza penyanyi nombor satu Malaysia dan mungkin ada lagi yang ‘in da making’ ke arah itu.
Cuma dia tiada tolok bandingannya dan berada dalam kelas yang paling tinggi.
Mokhzani menulis perkara itu, sejurus selepas mereka bersama-sama melakukan persembahan di sebuah acara yang berlangsung di Melaka, baru-baru ini.
Dalam masa sama, pengarah muzik berusia 63 tahun itu memuji persembahan Siti di acara tersebut yang begitu memukau meskipun sesi latihan hanya dilakukan melalui aplikasi WhatsApp.
Walau kita tak sempat nak practice yang sebenar-sebenar latihan kerana faktor hujan di lokasi , jalan terbaik saya hantar video dan dia respon dalam WhatsApp tapi dia muncul dengan penuh konfiden dengan live vokalnya yang sangat meremang.
Sumber: Instagram