berita

Momen Gembira Bertukar Hiba.. Graduan Terima Berita Kematian Ayah 15 Minit Sebelum Naik Pentas Ambil Skrol

November 7th, 2023 | by Hazirah
Kini Trending

Momen gembira seorang graduan untuk menerima skrol di majlis konvokesyen bertukar menjadi hiba apabila mendapat tahu berita kematian ayahanda tersayang 15 minit sebelum dia naik ke pentas.

Artikel Berkaitan:,‘Selepas Solat Subuh Ibu Akan Baca Yasin Untuknya Tanpa Putus’ – Farah Syukur Arwah Suami Masih Dapat Doa Ibu

Artikel Berkaitan: Rakan Dakwa ‘Mangsa Buli’ Uqasha Senrose Dah Meninggal Dunia? – ‘Tuntut Di Padang Mahsyar Is Real’

Terima panggilan daripada jiran

@uniszaedumy

Khabar duka 15 minit sebelum terima skrol Kuala Nerus: Kegembiraan seorang graduan untuk menerima skrol di majlis konvokesyen menjadi hiba apabila mendapat berita kematian bapa tercinta 15 minit sebelum naik ke pentas. Haslina Kalang, 23, menerima panggilan dari jirannya di Tawau, Sabah memaklumkan bahawa bapanya, Kalang Tona, 56, meninggal dunia pada jam 10.30 pagi ketika sewaktu di dalam Majlis Idul Ilmi Konvokesyen UniSZA ke-15, hari ini. Graduan Ijazah Sarjana Muda Hubungan Antarabangsa (dengan Kepujian), ketika ditemui berkata dia sememangnya berat hati untuk hadir ke konvokesyen hari ini kerana risau dengan bapanya yang mempunyai sakit stroke. “Ayah suruh saya datang jugak konvokesyen dan dia nak saya naik ke pentas menerima ijazah” “Saya tak sangka ayah pergi dulu sebelum saya naik ke pentas. Bagaimanapun saya kuat untuk naik juga sekejap menerima skrol”, katanya yang merupakan anak kedua dari lima beradik. Haslina berkata, selepas tamat belajar di menjaga ayahnya sepenuh masa dan belum bekerja dimana-mana tempat. “Alhamdulillah, saya dapat berbakti kepada ayah dan saya redha dengan pemergian dia di hari konvokesyen saya hari ini” katanya. Haslina tiba di Terengganu dua hari lepas dan ditemani kakak sulungnya yang datang dari Johor untuk hadir ke majlis konvokesyen hari ini. Sementara itu, pihak UniSZA telah menyampaikan sumbangan wang tunai RM 2,500 kepada Haslina untuk membeli tiket penerbangan pulang ke Tawau, Sabah, hari ini. Haslina sepatutnya pulang esok ke kampung halaman sebaik sahaja selesai majlis konvokesyen hari ini. Salam takziah dari seluruh Warga UniSZA.

? original sound – UniSZA – UniSZA

Ketika sedang menghadiri Majlis Idul Ilmi Konvokesyen UniSZA ke-15, Haslina Kalang, telah menerima panggilan daripada jirannya di Tawau, Sabah yang memaklumkan bapanya Kalang Tona, 56 telah meninggal dunia pada jam 10.30 pagi.

Graduan Ijazah Sarjana Muda Hubungan Antarabangsa (dengan Kepujian) itu berkata, dia sememangnya berat hati untuk hadir ke majlis konvokesyen tersebut kerana risau akan keadaan bapanya yang sedang sakit.

Ayah suruh saya datang jugak konvokesyen dan dia nak saya naik ke pentas menerima ijazah.

Saya tak sangka ayah pergi dulu sebelum saya naik ke pentas. Bagaimanapun saya kuat untuk naik juga sekejap menerima skrol.

Tambah graduan yang berusia 23 tahun itu, selepas tamat saja pengajiannya, dia menjaga bapanya sepenuh masa dan belum bekerja di mana-mana tempat.

Alhamdulillah, saya dapat berbakti kepada ayah dan saya redha dengan pemergian dia di hari konvokesyen saya hari ini.

Difahamkan, Haslina telah tiba di Terengganu dua hari lepas dan dia ditemani kakak sulungnya yang datang dari Johor untuk hadir ke majlis konvokesyen hari ini.

Sementara itu, pihak UniSZA telah memberikan sumbangan wang tunai sebanyak RM 2,500 kepada Haslina untuk membeli tiket penerbangan pulang ke Tawau, Sabah.

Haslina sepatutnya pulang ke kampung halaman esok selepas majlis konvokesyen hari ini.

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×