berita

Momen Terindah Sepanjang Anugerah Oscars ke-90, Tahniah The Shape Of Water!

March 6th, 2018 | by Amat
Kini Trending

Semalam, Anugerah Oscar ke-90 bagi tahun 2018 baru saja melabuhkan tirai dengan menawarkan 20 anugerah. Acara ini diadakan di Dolby Theatre, Los Angeles. Majlis gilang-gemilang diacarakan oleh Jimmy Kimmel sebagai pengacara buat kali kedua.

Berikut merupakan senarai kategori dan pemenang bagi setiap acara. Tahniah kepada semua calon dan pemenang anugerah!

Tahniah!

Filem The Shape of Water arahan Guillermo del Toro telah mendapat pencalonan sebanyak 13 kategori. Malah filem ini menang besar dengan merangkul 4 anugerah dominan termasuk Filem Terbaik dan Pengarah Terbaik.

Pelakon terbaik

Frances McDolmand telah merangkul anugerah Pelakon Wanita Terbaik menerusi filem Three Billboards Outside Ebbing, Missouri. Manakala, Gary Oldman memenangi trofi Pelakon Lelaki Terbaik menerusi filem Darkest Hour.

Pembantu terbaik

Sam Rockwell memenangi Pelakon Pembantu Filem Terbaik menerusi Three Billboards Outside Ebbing, Missouri dan ini adalah kemenangan pertama di Oscar.

Lagu terbaik

Coco berjaya merangkul 2 anugerah termasuk Filem Animasi Terbaik dan Skor Lagu Original Terbaik. Lagu tersebut berjudul “Remember Me” nyanyian Kristen Anderson-Lopez dan Robert Lopez.

Filem bahasa asing

Turut memperlihatkan filem Bahasa Asing Terbaik dimenangi A Fantastic Woman dari negara Chile yang diarahkan oleh Sebastian Lelio.

Rekaan busana terbaik

Mark Bridges berjaya membawa pulang anugerah Rekaan Busana Terbaik menerusi filem Phantom Thread.

Keala menguasai pentas

Antara persembahan yang telah memeriahkan Oscar 2018 termasuk Keala Settle, Natalia LaFourcade, Miguel dan Gael García Bernal.

Karpet merah

Antara selebriti yang hadir meraikan majlis tersebut.

Tahniah kami ucapkan untuk semua barisan pemenang dan calon top 5 setiap kategori pada malam Oscars 2018.

Credit: CBS News

SKIP THIS AD ×