Pelakon Mona Allen mendedahkan dia pernah dipandang serong gara-gara tidak mahu berkongsi produk mekap semasa berada di set penggambaran.
Artikel berkaitan: Mona Allen Selamat Bersalin Anak Lelaki Kedua
Artikel berkaitan: Mona Allen Jelas Isu Tak Setuju Perhimpunan Palest*** – ‘Saya Cakap Berkenaan Politik & Populariti, Tak Ada Kena Mengena Dengan Gaz4’
Guna mekap sendiri
Menerusi perkongsian di Instagram Story, Mona memuat naik tajuk berita tentang jangkitan herpes melalui barang kosmetik yang telah digunakan oleh orang lain.
Menurut Mona, dia lebih selesa menggunakan mekap sendiri bagi mengelakkan jangkitan seperti itu.
Tula sebab kita kalau shooting, mesti saya akan guna make up sendiri.
Bagaimanapun, isteri kepada pelakon Pekin Ibrahim ini dipandang sinis oleh sesetengah pihak kerana dianggap mempunyai sikap cerewat seperti diva.
Lepas tu, bila guna make up sendiri, kita kena ‘side eyes’ oleh orang sekeliling. ‘Rolled eyes’ pun ada.
Lepas tu dapat lah gelaran diva. Apa pendapat awak?
Sumber: Instagram