Baru-baru ini berlangsungnya Himpunan Malaysia Bersama Palestin yang dihadiri oleh ribuan rakyat, ahli politik dan selebriti tempatan sebagai tanda solidariti terhadap isu perperangan yang berlaku.
Bagaimanapun, pelakon Mona Allen berpendapat bahawa perhimpunan tersebut tidak sepatutnya dilakukan.
Artikel Berkaitan: ‘Demi Allah, Tiada Sekelumit Langsung Dalam Hati Saya Nak Persendakan Penderitaan Rakyat Palestin’ – Aishah
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Hanya Pakai ‘Hoodie’ & Nampak Sebahagian Rambut, Netizen Persoal Niat Bernazar Mona Allen
Suarakan pendapat
Menerusi hantaran di Instagram Story (IG), Mona atau nama sebenarnya Munna Hafiraneza Allen berkata dia ada sebab tersendiri mengapa tidak hadir ke perhimpunan tersebut yang diadakan di Axiata Arena, Bukit Jalil pada Selasa.
Maaf, tapi saya tak fikir berkumpul beramai-ramai dan berkonsert adalah perlu. Rasa macam tak kena. Tengok negara lain macam mana, sebab itu saya tak hadir.
Sebab walaupun buat macam itu, keadaan tetap sama dan tiada perubahan. Hanya buang masa. Politik membuat orang terkenal makin terkenal. #FreePalestine #MalaysiaOhMalaysia.
Walau bagaimanapun, pelakon berusia 37 tahun itu kemudian tampil memberi penjelasan berhubung kenyataan berkenaan yang telah menimbulkan salah faham.
Orang cuma tengok tajuk ‘buang masa’ jadi highlight! Renung-renungkan. Bukan bermaksud kita tak ke sana, berkumpul ramai-ramai, kita tak menyokong Palestin.
Itu hanyalah pandangan saya, terpulang pada orang nak menilai. Yang pergi itu bagus, tapi bagi saya tak perlu, politik dan populariti.
Menurut Mona, dia hanya menyuarakan pendapat selain menegaskan bahawa dia tetap cakna dengan isu semasa dan sentiasa menyokong perjuangan saudara seagama.
Terpulang kepada anda untuk menilai. Kita hidup di negara bebas dan saya boleh je nak membuat status apa yang saya nak.
Tak semestinya saya tak pergi ke konsert semalam, saya tidak menyokong Palestin. Bercakap biar fikir 10 kali sebelum menaip dan memberi komen.
Saya highlight di sini, apa saya cakap adalah berkenaan ‘politik dan populariti’ tak ada kena mengena dengan yang berlaku di Gaza.
Lebih afdal mengerjakan solat hajat di masjid-masjid seluruh negara. Itu pendapat saya.
Sumber: Instagram Mona Allen