berita

Monday Music: Crayon Pop Lancar MV Lonely Christmas

December 2nd, 2013 | by Ai
Kini Trending

CP

Bersempena dengan sambutan Hari Natal yang akan tiba dalam masa beberapa minggu sahaja lagi, kumpulan K-Pop wanita dikenali sebagai Crayon Pop telah melancarkan sebuah muzik video istimewa untuk lagu terbaru mereka berjudul Lonely Christmas.

MV berdurasi 3:38 saat itu menampilkan Gum-mi, Ellin, Way, Cho-a dan Soyul lengkap berpakaian kostum mengikut warna tema Krismas iaitu hijau dan merah.

Kelima-lima mereka kelihatan cukup lincah sewaktu menari mengikut rentak lagu sambil memakai topi keledar yang menjadi trademark kumpulan tersebut.

cp

Walaupun MV Lonely Christmas baru dimuatnaik ke laman Youtube semalam, namun kecomelan mereka telah berjaya meraih hampir 14,000 jumlah tontonan dalam masa dua hari.

Malah kebanyakan peminat yang telah menonton MV berkenaan memuji lagu dan konsep MV yang diketengahkan oleh Crayon Pop.

Screen Shot 2013-12-02 at 15.06.31

Untuk pengetahuan anda, kumpulan quintet ini mula ditubuhkan pada 2012 dengan nama Hurricane Pop sebelum mereka menukar nama kepada Crayon Pop selepas salah seorang ahlinya, Serang keluar dari kumpulan itu untuk menjadi pelakon.

Bagi anda yang belum berkesempatan melihat gaya tarian Crayon Pop, di sini OHBULAN! sertakan MV Lonely Christmas untuk tontonan anda. Semoga terhibur!

SKIP THIS AD ×