berita

Monday Music : Elizabeth Tan Lancar Cover Terbaru, True Colors

July 14th, 2014 | by Ai
Video Popular

Screen Shot 2014-07-14 at 1.11.19 PM

Rasanya nama Elizabeth Tan tak perlu diperkenalkan lagi kot. Sejak menggegarkan laman Youtube dengan beberapa buah lagu cover yang kami sendiri impress, minggu lalu Elizabeth kembali dengan cover terkininya.

Membawakan lagu True Colors secara akustik, kali ini terserlah kematangan suara Elizabeth apabila membawa lagu yang pernah dinyanyikan oleh Cyndi Lauper ini.

Kalau korang nak tahu, menerusi cover ini, lagu tersebut seolah-olah diberikan nafas baru dengan rentak yang lebih catchy sesuai dengan citarasa masyarakat terkini.

Screen Shot 2014-07-14 at 1.13.07 PM

Walaupun tidak bermain ukulele seperti kebiasaannya, kali ini gadis berketurunan Cina ini sekali lagi wajar diberikan pujian kerana berjaya membawa lagu tersebut dengan baik dan tak sama langsung dengan penyanyi asal!

Respon yang diterima juga sangat baik dan kebanyakkannya memuji suara Elizabeth yang dikatakan mampu mencairkan pendengar.

Screen Shot 2014-07-14 at 1.10.47 PM

Lagi menarik, walaupun video ini baru beberapa hari dimuat naik, ia sudahpun mencecah hampir lima ribu penonton. Wah! Hebat tau.

Bagi yang belum berkesempatan menonton video dimaksudkan, apa kata anda dengar kelunakan suara Elizabeth menyanyikan lagu True Colors ini. Selamat menonton!

SKIP THIS AD ×