berita

Monday Music : Kehebatan Muzik Sukan Olimpik London 2012

August 6th, 2012 | by Ai
Hollywood

Pembukaan rasmi sukan Olimpik London 2012 pada kali ini dilihat menjadi upacara gilang gemilang melangkaui apa yang dijangkakan kerana penonton di seluruh dunia sangat teruja menyaksikan upacara pembukaan tersebut.

Pemilihan muzik yang dicipta khusus untuk majlis perasmian ini dibuat secara digital dan dari saat bertauliah 23 tan loceng terbesar harmonik berbunyi, Stadium Olimpik dimeriahkan dengan muzik yang menarik. Kombinasi dua nama baru dari Pengarah Muzik Underworld, telah menggamatkan Stadium Olimpik pada malam tersebut.

Album Isles of Wonder yang dipasarkan sempena Sukan Olimpik London 2012 ini menampilkan beberapa karya komposer terkenal seperti Emeli Sandé, David Bowie, Mike Oldfield serta Dizzee Rascal. Disamping itu, album ini turut memuatkan 14 buah lagu untuk CD pertamanya dan 22 buah lagu untuk CD keduanya, dimana masing-masing mempunyai keunikannya tersendiri.

Oleh itu, mari kita layan sebuah lagu yang terdapat di dalam album Isles of Wonder ini yang diberi nama “Heroes.” Sekiranya anda ingin mendengar lagu-lagu lain seperti I Still Believe, Come Together, Ghost Dance serta Can’t Stop This Fire, anda boleh daptkan album penuh Isles of Wonder ini dipasaran.

SKIP THIS AD ×