berita

Monday Music : MTV Terbaru Paramore “Now”

February 18th, 2013 | by Ai
Video Popular

Paramore

Pada 12 Februari lalu, kumpulan rock Amerika iaitu Paramore baru sahaja melancarkan video klip terbaru mereka berjudul ‘Now.’

Video klip yang berdurasi 4.30 ini merupakan arahan Daniel Cloud Campos dan sejak video ini dimuat naik di laman YouTube Selasa lalu, ia telah mencapai hampir 2 ribu penonton.

Konsep bagi video klip ini adalah berunsurkan pemberontakan ataupun peperangan, di mana menurut vokalis kumpulan ini sendiri iaitu Haley Williams, “Kita berada di pasukan pemberontak di mana kita perlu berjuang untuk cinta, dan ada askar yang tidak tahu mengenainya telah datang dari dunia yang berbeza iaitu dunia kegelapan,” ujar Haley menerusi laporan RTT News.

Untuk makluman, Paramore baru sahaja menggegarkan peminat mereka di Malaysia semalam menerusi konsert ‘The Return of Paramore Live in Kuala Lumpur’ di Stadium Negara, Kuala Lumpur.

Di sini kami lampirkan video klip terbaru Paramore, berjudul “Now.” Jom layan!

SKIP THIS AD ×