berita

Monday Music : Sepasang Sayap Bawa Faizul Jadi Juara AF2013

November 18th, 2013 | by Ai
Video Popular

Faizul

Bagi anda yang mengikuti perkembangan Akademi Fantasia, pelajar kelahiran Sabah, Faizul Sany atau nama sebenarnya Mohd Faizul Bin Sany baru saja dinobatkan sebagai juara Akademi Fantasia 2013 mengatasi 12 peserta yang lain.

Mempertaruhkan genre pop indie, penyanyi kelahiran Akademi Fantasia itu minggu lepas telah melancarkan MV pertamanya yang berjudul, Sepasang Sayap, dimana MV tersebut juga merupakan single terbaru daripada Faizul Sany.

Meneliti setiap bait lirik, lagu ini mengisahkan tentang seorang lelaki yang ingin menikahi wanita pilihannya dan menjanjikan kebahagiaan serta kesetiaan kepada wanita tersebut.

Screen Shot 2013-11-18 at 2.08.06 PMFaizul adalah juara Akademi Fantasia 2013

Setakat ini, hampir 29 ribu penonton telah menonton MV Sepasang Sayap yang berdurasi selama 4.08 minit di laman Youtube. Untuk makluman, Sepasang Sayap  mendapat sentuhan unik daripada penyanyi dan penulis lirik iaitu Amir Jahari dan AG Coco.

Sebagai tambahan, Faizul Sany telah membawa pulang wang tunai berjumlah RM100 ribu dan kontrak rakaman bernilai RM100 ribu serta sebuah trofi juara Akademi Fantasia 2013. Apa-apa pun, mari layan muzik video terbaru Faizul selepas ini.

SKIP THIS AD ×