berita

Monday Music: The Fabulous Cats Bangkit Dengan ‘Sebulatnya’

July 1st, 2013 | by Ai
Kini Trending

TFC

Setelah sekian lama menyepi, The Fabulous Cats akhirnya kembali menghasilkan lagu yang cukup mendalam dan indah maknanya. Tambah menarik lagi, TFC turut memperkenalkan dua orang ahli baru melalui kemunculan semula mereka ini.

Single terbaru mereka yang berjudul ‘Sebulatnya’ dipilih oleh syarikat rakaman Nova Music kerana mempunyai melodi dan lirik yang menarik serta paduan suara yang lain dari biasa.

Untuk pengetahuan semua, ‘Sebulatnya’ sebenarnya telah dicipta seawal tahun 2011 lagi namun proses menyiapkan lagu itu terpaksa ditangguhkan kerana beberapa anggota TFC kerap bertukar ganti.

Akhirnya awal tahun ini, ‘Sebulatnya’ berjaya disiapkan untuk mempertaruhkan permainan suara yang cukup merdu antara Cat Farish, Zizie dan ahli-ahli baru seperti Afif AF9 dan Hairool.

Apa yang istimewanya, proses mastering single itu telah disempurnakan oleh Andrew Edgson di Studios 301, Australia selain mendapat sentuhan Lok Yu (Arranger/Keyboard), Benjamin Sevang (Gitar), Tripdisz (Drum) dan Illegal (Mixing) untuk adunan muziknya.

IMG_1861

Selain daripada itu, muzik video ‘Sebulatnya’ yang kini masih dalam proses untuk disiapkan bakal menunjukkan babak menampilkan kesemua anggota TFC berada di dalam lokap. Kalau nak tahu sebab apa, kena tunggu MV itu siap sepenuhnya ya.

Selepas dikeluarkan beberapa bulan yang lalu, ‘Sebulatnya’ mula mendapat kejayaan awal di radio apabila berjaya menembusi carta ‘SURIA 30’, ‘CATS TOP 30’ dan Top 10 beberapa lagi stesen radio RTM negeri termasuk PERLIS FM, SANDAKAN FM dan MIRI FM.

OHBULAN! pasti ramai yang dah mula jatuh cinta apabila mendengarkan lagu ini buat pertama kali melalui drama bersiri popular, ‘Epilog Cinta Khirana’ yang bersiaran dalam slot Samarinda TV3.

Jom dengarkan lagu ‘Sebulatnya’ di bawah dan fahami maksud tersirat yang cuba disampaikan oleh The Fabulous Cats.

SKIP THIS AD ×