Kegawatan ekonomi adalah satu isu besar yang harus diberi perhatian. Ini juga kemungkinan akan membimbangkan rakyat Malaysia buat ketika ini.
Pelbagai persoalan yang bermain di minda semua rakyat Malaysia ketika ini. Bagi menjawab persoalan tersebut, TV3 telah kembali memperkenalkan program Money Matters bagi merungkai segala isu berkaitan ekonomi dan perniagaan.
Bersiaran setiap hari Sabtu jam 6.00 petang
Program bual bicara Money Matters merupakan program berkaitan ekonomi yang disiarkan setiap hari Sabtu bermula 4 Julai lepas. Program ini disiarkan selama 30 minit dan siaran bermula pada pukul 6 petang.
Melalui program ini, hos akan membentangkan topik-topik yang berkaitan dengan ekonomi, kewangan, pelaburan, pengurusan, inovasi dan industri bersama tetamu jemputan yang berlainan setiap minggu.
Money Matters yang dihoskan oleh Zahir Kelvin Ong Abdullag dan Azaria Tagaya memulakan episod pertama dengan menemuramah Menteri Kewangan Malaysia, YB Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz. Mereka akan membincangkan hal berkaitan cabaran pemulihan ekonomi Malaysia.
Anda boleh mendapatkan informasi terkini berkenaan situasi ekonomi negara sekarang bersama Money Matters.
Bagi yang terlepas episod pertama, anda boleh saksikan kembali episod penuh pertama di laman Youtube buletin TV3. Dapatkan juga maklumat lanjut tentang program-program menarik TV3 di xtra.com.my dan laman media sosial rasmi TV3 Malaysia di Instagram, Facebook, dan Twitter.