berita

‘Moratorium Lanjut 3 Bulan Bagi Individu Hilang Kerja’ – Tan Sri Muhyiddin Yassin

July 29th, 2020 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Hasil perbincangan bersama Menteri Kewangan dan Gabenor Bank Negara, pihak kerajaan telah memutuskan untuk memberi bantuan kepada rakyat yang terjejas ekoran pandemik Covid-19 ini. Perkara ini diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi sidang media khas sebentar tadi..

Moratorium lanjut 3 bulan

Antaranya ialah kepada individu yang kehilangan pekerjaan sepanjang tempoh tahun 2020 diberi lanjutan moratorium kepada 3 bulan. Justeru, segala pembayaran pinjaman bakal dilanjutkan kepada tempoh 3 bulan dan jika masih tidak mempunyai kerja, tempoh berkenaan boleh dilanjutkan.

Pengurangan bayaran ikut pengurangan gaji

Selain itu, bagi individu yang pendapatannya terjejas seperti pengurangan gaji bulanan, individu itu layak memohon untuk mengurangkan jumlah bayaran pinjaman peribadi atau rumah mengikut pengurangan gaji. Tempoh yang layak dibayar mengikut pengurangan gaji ialah selama 6 bulan.

Bayar faedah sahaja kepada bank

Tambah beliau lagi, pihak bank turut membantu memberi pinjaman kepada peniaga-peniaga dengan menawarkan bayaran faedah sahaja. Bagi pinjaman sewa bank, pihak bank akan buat jadual pembayaran yang sesuai. Seperti memanjangkan tempoh bayaran dengan mengecilkan bayaran bulanan mulai 7 ogos 2020.

Sidang media penuh

https://www.youtube.com/watch?v=O0pBp5zi99Y

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×