berita

Motor Akak Panda Pun Kau Rembat….

November 4th, 2020 | by Zulaikha
Kini Trending

Nasib malang menimpa seorang penghantar makanan apabila motosikal yang digunakan untuk mencari rezeki hilang dalam satu kejadian di Giant Batu Caves.

Motosikal hilang!

Foto: Che Ghani Mahmood

Motor riders food panda kena curi dekat giant batu caves.. Lc v6 Motor rider panda baru hilang
Lc v6, warna biru limited
(Hilang dekat giant batu caves, kalau ad nampak tolong tahan)

Menurut lelaki itu, motosikal milik wanita itu dipercayai telah dicuri oleh dua orang lelaki dan meminta orang awam yang terlihat motosikal tersebut untuk melaporkan kepada pihak polis dengan segera. Tambahan pula, menerusi ruang komen terdapat seorang pemilik motosikal jenis yang sama turut mengadu bahawa motosikalnya telah hilang di tempat yang sama seperti motosikal wanita itu. Motosikal jenis Yamaha LC itu baru sahaja dibeli oleh wanita itu pada tiga bulan yang lepas.

Rata-rata warganet simpati akan nasib yang diterima wanita tersebut, kerana motosikalnya itu digunakan untuk mencari rezeki. Perkongsian tersebut telah meraih ratusan komen yang mengecam tindakan pencuri tersebut.

Semoga diberikan hidayah

Ini bukan manusia

Sumber:Che Ghani Mahmood via Kelab Yamaha LC 135

SKIP THIS AD ×