berita

MTV World Stage 2014 : Thaitanium & B.O.B Bikin Peminat Gila!

August 19th, 2014 | by Ai
Kini Trending

B.o.B-at-MTV-World-Stage-Malaysia-2014-Pic-6-Credit-MTV-Asia-Kristian-Dowling

MTV World Stage 2014 yang telah melabuhkan tirainya Sabtu lalu betul-betul meninggalkan 1001 kenangan manis buat 10 ribu peminat yang membanjiri Sunway Surf Beach.

Mana taknya, walaupun bimbang hujan bakal turun, rata-rata peminat begitu enjoy dengan persembahan terutamanya dari Thaitanium dan B.O.B. Nak tahu kenapa? haa, kenalah baca sampai habis.

Konsert pada malam itu bermula dengan persembahan penuh bertenaga oleh kumpulan Hip hop terkenal dari Thailand iaitu Thaitanium yang mempersembahkan medley 11 trek lagu termasuklah lagu terbarunya featuring Snoop Dog, Wake Up (Bangkok City).

Thaitanium-MTV-World-Stage-Malaysia-2014-Pic-2-Credit-MTV-Asia-Lucas-Lau

Kalau korang nak tahu, Thaitanium menyanyikan lagu ‘Put Your Hands Up’ semua bersorak bagai nak gila tau! Bagi kami, untuk pembukaan, Thaitanium memang tak menghampakan!

Konsert diteruskan dengan persembahan kedua dari kumpulan yang diterbangkan khas dari Korea. Haa, siapa lagi kalau bukan Boys Republic kan.

Boys-Republic-at-MTV-World-Stage-Malaysia-2014-Pic-10-Credit-MTV-Asia-Kristian-Dowling

Gamat seketika persembahan Boys Republic apabila peminat tegar kumpulan ini menjerit ‘Oppa, Saranghae’. Hehe, minat betul tu! Iyalah, boleh tahan juga persembahan mereka ni. Comel tapi bertenaga!

Nampaknya, Boys Republic bijak mengambil hati penonton apabila dia turut berselfie ketika persembahan dan mengajak peminat selfie bersama. Haa, cuba tengok Instagram mereka, mana tau ada gambar korang kan.

Persembahan ketiga dari Yuna, membawa penonton sedikit relax dengan lagu-lagu berunsur R&B. Malah, Yuna tampil bersahaja dengan busana putih ala bidadari uols!

Yuna-at-MTV-World-Stage-Malaysia-2014-Pic-7-Credit-MTV-Asia-Kristian-Dowling

Pada mulanya, peminat seolah-olah kurang memberikan sambutan, tetapi apabila Yuna mula menyanyikan lagu ‘Dan Sebenarnya’, penonton seolah-olah mendapat tenaga semula dan turut ikut menyanyi bersama. Sweet kan?

Yuna betul-betul memukau penonton dengan lagu ‘Mountains’, ‘Lelaki’, ‘Lights And Camera’, ‘Terukir Di Bintang’ dan ‘Rescue’. Fuh! Memang terbaik.

Baru sahaja penonton nak bertenang, mereka kembali ‘menggila’ bila B.O.B muncul membuat persembahan penutup. Haaa, bukan penonton je teruja tau, kami pun sama. Haha.

B.o.B-at-MTV-World-Stage-Malaysia-2014-Pic-5-Credit-MTV-Asia-Aloysius-Lim

Mana taknya, semua lagu yang dipersembahkan memang terbaik. Bikin semua tak habis menari dengan pelbagai irama yang dipersembahkan.

Paling mencuri perhatian apabila B.O.B mengambil handphone peminat untuk merakamkan foto selfie bersama. Hmm, memang tak tidurlah penonton tu. Haha.

Namun, dalam bergembira, B.O.B turut mendedikasikan lagu ‘Airplanes’ sempena memperingati tragedi yang berlaku baru-baru ini.

Lagu ‘Still In This’ dipersembahkan sebagai penutup dan diiringi dengan lautan belon dijatuhkan kepada penonton dan iringan lampu LED yang sangat cantik sebelum diakhiri dengan percikan bunga api ke udara.

Bagi yang tidak berkesempatan untuk menghadiri konsert MTV World Stage Live in Malaysia 2014, jangan risau. Nah! Kami sediakan beberapa foto untuk tatapan anda! Enjoy.

SKIP THIS AD ×