berita

MTV World Stage: Tetap Meriah Walau Hujan

September 10th, 2013 | by Ai
Kini Trending

107359-8159f670-cd4c-49d4-9295-841679876305-joe_2520flizzow_252011_2520_credit_2520-_2520mtv_2520asia_2520_2526_2520rizki_2520maulana_-large-1378655075

Hujan yang turun pada malam Ahad lepas sama sekali tidak mematahkan semangat lebih 15,000 peminat yang telah sedia berkumpul di Sunway Lagoon Surf Beach untuk menyaksikan persembahan penyanyi-penyanyi kesayangan mereka beraksi di atas pentas.

MTV World Stage Live in Malaysia 2013 pada kali ini telah mewujudkan satu fenomena baru apabila pihak MTV menggabungkan elemen R&B, hip-hop dan K-Pop di atas satu pentas melalui persembahan Joe Flizzow, EXO, Far East Movement dan Robin Thicke.

Konsert pada malam itu bermula dengan persembahan penuh bertenaga oleh Joe Flizzow yang mempersembahkan lima buah lagu berjudul Iller Iller, Untukmu, All Around My World, Havoc dan Who Do It Better.

107335-4b9d9c78-f251-4edc-86ab-f4b2c77346da-joe_2520flizzow_2520_2526_2520ila_2520damiaa_25201_2520_credit_2520-_2520mtv_2520asia_2520_2526_2520kristian_2520dowling_-large-1378649274

Untuk persembahan Untukmu, Joe menampilkan Ila Damia di atas pentas. Manakala, SonaOne dan Altimet turut menghiburkan peminat bersama Joe menerusi lagu Havoc.

Keadaan menjadi gamat sebaik sahaja EXO muncul di atas pentas sambil menari dan menyanyikan lagu Wolf yang menjadi siulan peminat-peminat mereka.

Nampaknya EXO bijak mengambil hati penonton apabila kesemua 12 anggotanya mengambil kesempatan untuk berinteraksi bersama peminat dan melahirkan rasa suka mereka terhadap Malaysia.

107369-d0242286-6671-4df6-85a6-e5eab7f0e726-exo_25207_2520_credit_2520-_2520mtv_2520asia_2520_2526_2520lucas_2520lau_-large-1378655261

EXO kemudiannya kembali memukau peminat dengan tarian mereka yang mengagumkan menerusi lagu History, 365 dan Growl.

Baru sahaja penonton mahu bertenang, mereka kembali ‘menggila’ apabila muncul pula Far East Movement di atas pentas menyampaikan 12 buah lagu medley.

Penonton yang hadir kembali aktif dan melompat tanpa henti mengikut rentak lagu Ain’t Coming Down X Wild Things, Like a G6, Illest, So What, If I Was You, Jello, Change Your Life, Rocket, Get Up (Rattle), Rocketeer, Live My Life dan Turn Up the Love.

107412-24b447fa-6e8d-41bb-a3af-684b9ba522c6-far_2520east_2520movement_2520show_2520pic_25204_2520_credit_2520-_2520mtv_2520asia_2520_2526_2520kristian_2520dowling_-large-1378673938

Jika pada malam itu adalah sebuah majlis anugerah, maka Far East Movement layak membawa pulang trofi persembahan terbaik kerana gimik yang dilakukan mereka memang sangat menarik.

Ribuan penonton bersorak teruja sebaik sahaja J-Spliff memainkan alunan bunyi dram dan keyboard menerusi iPad yang dilekatkan di badannya. Tidak lama selepas itu, penonton geli hati melihat DJ Virman membuat persembahan sambil memakai kostum kepala itik.

Tidak cukup dengan itu, Far East Movement mencampak replika itik yang besar ke arah peminat dan diikuti pula oleh Prohgress yang membenarkan dirinya dijulang penonton selama beberapa minit sebelum mereka meninggalkan pentas.

107393-488ab5a7-1dbf-432a-b748-b901b5147591-robin_2520thicke_252011_2520_credit_2520-_2520mtv_2520asia_2520_2526_2520kristian_2520dowling_-large-1378657388

Selepas dihiburkan dengan persembahan-persembahan yang penuh bertenaga, peminat menantikan kehadiran bintang paling seksi malam itu, Robin Thicke.

Walaupun terdapat masalah teknikal di awal kemunculannya, Robin pantas menyelamatkan keadaan dengan menyampaikan beberapa baris lagu secara accapela untuk menarik perhatian peminatnya.

Beberapa minit kemudian, Robin meneruskan persembahan menerusi sembilan buah lagu termasuk Give it to You, Take It Easy on Me, Feel Good, Oh Shooter, Lost Without You, Shaking It for Daddy dan Blurred Lines.

107395-7e7e946f-b497-4720-b6de-c3d22861cd93-robin_2520thicke_25208_2520_credit_2520-_2520mtv_2520asia_2520_2526_2520kristian_2520dowling_-large-1378657394

Melihat kepada persembahannya yang sungguh seksi dan penuh penghayatan, tidak mustahillah ramai peminat wanita yang menggilai penyanyi itu hingga ada yang menjerit ‘I Love You’. Dan yang menariknya, Robin membalas dengan mengatakan ‘I Love You Too’ sambil disambut oleh sorakan peminat-peminat lain.

Penonton kemudiannya terbuai-buai mendengarkan alunan bunyi piano yang dimainkan oleh Robin sewaktu mempersembahkan lagu Dreamworld.

Di akhir persembahan, Robin menyampaikan lagu yang paling digemari peminat iaitu Blurred Lines sambil penonton menari dan turut menyanyi bersama-sama sebelum konsert pada malam itu ditutupi dengan percikan bunga api di udara.

Bagi yang tidak berkesempatan untuk menghadiri konsert MTV World Stage Live in Malaysia 2013, anda boleh menonton rakamannya di saluran MTV pada hari Rabu ini jam 11 malam.

Tetapi sebelum itu, di sini OHBULAN! sertakan beberapa keping foto sepanjang konsert itu berlangsung untuk tatapan anda.

SKIP THIS AD ×