berita

‘Mu Cari Mayat Aku Di Kawasan Itu’- Suami Bunuh Diri Selepas Bergaduh Dengan Isteri

June 28th, 2018 | by Shafika
Isu & Kontroversi

Menerusi laporan Harian Metro, mayat seorang lelaki ditemui tergantung di atas pokok di Kampung Serdang, Dungun. Kejadian yang berlaku semalam antara yang tragis di bulan Syawal apabila individu itu bertindak membunuh diri sejurus berlaku pergaduhan dengan isterinya.

Menurut isterinya, dia tidak sangka perbalahan kecil itu menyebabkan suaminya bertindah demikian.

Saya ingat dia main-main

Saya ingat dia main-main, tak sangka perbalahan kecil sampai dia bertindak sebegitu.

Menurut isterinya, dia mengaku ada pergaduhan mulut antara dia dan suaminya berhubung masalah rumah tangga pada 5.30 petang, 21 Jun lalu, namun tidak menyangka suaminya bertindak demikian. Tambahnya lagi, suaminya keluar dari rumah selepas pergaduhan itu dan ditemui tergantung pada dahan pokok setinggi 10 meter pada 3.45 petang.

 Mu carilah mayat aku

Sebelum keluar, suami ada berpesan kepada saya, ‘mu pergi ambil van kat Kampung Serdang dan mu carilah mayat aku di kawasan tu. Saya ingat dia bergurau sehinggalah pada 10 pagi 26 Jun, saya terima panggilan telefon daripada seorang rakan yang memaklumkan menemui van milik suami di situ.

Wanita itu berkata, sejam selepas itu dia pergi ke kawasan berkenaan dan hanya menemui van suaminya. Menurutnya, dia mencari di kawasan sekitar, namun tidak menemui suaminya, sebaliknya hanya menemui kad nikah mereka dan kad pengenalan suami sebelum pulang ke rumah.

Katanya, dia kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dungun pada 9 pagi hari ini kerana bimbang dengan keselamatan suaminya. Bertindak atas laporan, sepasukan empat anggota dan pegawai diketuai Asisten Superintendan Kamarul Mohamed Salleh melakukan siasatan di sekitar kawasan terbabit pada 3 petang.

Ternampak sehelai kain tuala digantung mangsa

Mayat lelaki itu diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya

Anggota polis yang mengesan bau busuk di situ melancarkan gerakan mencari dan ternampak sehelai kain tuala digantung mangsa sebagai penanda mayatnya ada di situ. Berpandukan tuala terbabit, anggota polis meredah kawasan hutan itu dan akhirnya menemui mangsa yang hanya memakai seluar jean berwarna hitam tergantung di dahan pokok terbabit.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Dungun, Saifuddin Muhammad berkata, sepasukan enam anggota dipanggil ke lokasi kejadian untuk menurunkan mayat mangsa. Katanya, anggota bomba menggunakan tangga dan mayat dibawa turun pada 6.25 petang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu. Menurutnya, mayat lelaki itu dibawa ke Bilik Forensik Hospital Dungun dan siasatan polis mendapati tiada unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Sumber : Harian Metro

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×