Bekerja dalam profesion solekan wajah atau make-up artist (MUA) bukanlah mudah. Ianya memerlukan kemahiran dan seni untuk mencantikan wajah seseorang. Tambahan pula, untuk memuaskan hati pelanggan yang telah membayar untuk perkhidmatan solekan dari seorang MUA.
Di Indonesia, seorang MUA terkenal meluahkan rasa terkilan apabila solekannya pada wajah pengantin dikritik oleh jiran dan keluarga pengantin perempuan itu. Ini kerana jiran terbabit tidak berpuas hati dengan hasil solekan dan pakaian busana yang dikenakan pengantin.
Dikritik solekan seperti ‘mayat’
Menerusi perkongsian dari MUA Khadijah Azzahra yang mempunyai pengikut seramai 1.6 juta di laman Instagram meluahkan rasa terkilan apabila solekan asal pada wajah pengantin dikritik oleh jiran kepada keluarga pengantin perempuan itu. Katanya, pengantin perempuan itu sudah berpuas hati dengan perkhidmatan dan hasil solekan dari MUA ini dengan mengenakan warna nude pada bahagian bibirnya.
Difahamkan, tidak lama kemudian, salah seorang jiran kepada pengantin itu memasuki bilik berkenaan untuk melihat situasi pengantin perempuan dan lantang mengkritik tidak berpuas hati dengan hasil solekan. MUA ini mendakwa jiran berkenaan mengkritik kerana wajah pengantin seperti ‘mayat’, tidak menyerlah dan mahu bahagian bibir ditukarkan warna dari nude ke merah.
Tidak tamat di situ, jiran berkenaan turut menghebohkan sehingga perkara berkenaan diketahui oleh keluarga pengantin sehingga keluarganya terlibat dalam masuk campur urusan berkenaan.
Tapi pengantin dah suka
View this post on Instagram
Bukan itu saja, difahamkan mereka turut mengkritik busana pengantin yang dianggapnya tidak cantik kerana pemilihan warna kurang sesuai. Sedangkan, pakaian tersebut telah dipilih sendiri oleh pengantin dan juga telah melakukan fitting sebelum hari pernikahannya.
MUA Khadijah Azzahra meluahkan rasa kekecewaannya terhadap keluarga berkenaan dan menasihati umum agar tidak ada urusan masuk campur dari keluarga apabila dia melakukan kerja sebagai juru solek. Dia juga berpesan agar kita menghormati keputusan dan pemilihan dari pengantin untuk tampil berseri di hari perkahwinannya.
Sumber: Khadijah Azzahra