Tak lekang dek kontroversi. Itulah realiti kehidupan aktor kacak, Sharnaaz Ahmad yang tidak pernah sunyi dari dunia hiburan tanah air.
Sudah menjadi adat resam sebagai selebriti, selain bakat, kisah kehidupan peribadi turut mendapat perhatian. Sejak menjalani penggambaran drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta, timbul pula cerita kononnya Sharnaaz bercinta dengan Nelydia Senrose.
Mungkin terlalu rimas dengan persoalan cinta, Sharnaaz telah memperi peringatan supaya orang lain tidak masuk campur dalam urusan jodohnya.
Melalui laman sosial Instagram milik Sharnaaz, dia telah memuat naik foto dengan caption seolah-olah memberi peringatan supaya tidak cuba menjodohkan dirinya dengan mana-mana wanita.
This is my life!! Dengan sesiapa pun aku berjodohan dan ditakdirkan bukan urusan anda diluarsana bermakhluk Allah, itu semua urusan Allah S.W.T. Jangan lah anda memandai-mandai menjodohkan seseorang mahluk Allah itu seperti “anda yg menjadikanya”
Harap jgn ganggu hidup yg aku jalani ini kerna aku, SAMPAI MAMPOS PUN BER BIN KAN AYAH AKU.. Salam semua #ismokeandidontcare
Mungkin Sharnaaz bertindak memuat naik status tersebut kerana terlalu penat menjawab spekulasi percintaan yang timbul dan rimas apabila ada pihak yang cuba menjodohkan dirinya.
Walaubagaimanapun, usaha kami untuk mendapatkan maklum balas dari Sharnaaz tidak berhasil kerana difahamkan Sharnaaz kini berada diluar negara.
Dalam pada itu, peminat-peminat Sharnaaz dilihat tetap menyokong aktor kacak ini selain mendoakan supaya Sharnaaz akan menemui jodohnya satu hari nanti.