Pelakon, Diana Danielle menimbulkan tanda tanya dalam kalangan warganet selepas tampil memuat naik satu hantaran mengenai satu petikan kata-kata di Instagram Storynya.
Artikel Berkaitan: Farid Kamil Beri Tawaran Berjumlah RM319,700 Termasuk Vellfire Kepada Diana, Usaha Selamatkan Rumah Tangga
Sindir Farid Kamil?
Menerusi hantaran dimuat naiknya itu, Diana berkongsi petikan kata-kata mengenai sembilan cara untuk memohon maaf dengan betul dan ikhlas.
Petikan kata-kata itu juga menjelaskan bahawa seseorang itu akan berjanji untuk tidak mengulangi silap yang dilakukan sekiranya benar-benar ikhlas memohon maaf.
Hantaran tersebut dilihat seolah-olah menyindir suaminya, Farid Kamil yang menawarkan tawaran untuk berdamai dengan jumlah lebih RM300,000.
Sebelumnya, Farid menawarkan tawaran berjumlah RM319,700 termasuklah sebuah kereta mewah jenis Toyota Vellfire sebagai usaha untuk menyelamatkan rumah tangganya dengan Diana.
Pada 20 Mac lalu, Diana Danielle memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya, yang juga pelakon, Farid Kamil.
Pelakon filem Imagika itu kemudiannya membuat permohonan cerai atas alasan, tiada persefahaman dan berlakunya shiqaq atau perbalahan berpanjangan dalam rumah tangga mereka. Difahamkan juga, kedua-dua mereka dilaporkan tidak tinggal serumah lagi. Walau bagaimanapun, Farid enggan melafazkan cerai tersebut.
Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam membenarkan permohonan Diana Danielle secara ex-parte berhubung hak penjagaan hadanah interim (sementara) bagi dua anak mereka sehingga 30 Mei depan.
Sumber: Instagram