berita

Muat Naik Foto Noh Dengan Musa Di IG Story, Posting Mizz Nina Yang Berikutnya Curi Tumpuan

September 1st, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Umum mengetahui, pasangan selebriti Noh Salleh dan Mizz Nina telah bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Timur pada 3 Ogos yang lalu.

Artikel berkaitan: Viral Dakwaan Sudah Bercerai, Netizen Mula Banjiri Ruangan Komen Mizz Nina Dengan Kata-Kata Positif – ‘Allah Sayang Kamu’

Artikel berkaitan: [VIDEO] Mizz Nina Berjurai Air Mata, Netizen Sebak Tengok – ‘Pertama Kali Tengok Dia Menangis’

Meskipun, pasangan ini telah buat haluan masing-masing, kasih sayang sayang mereka terhadap, Musa dilihat masih sama seperti sebelumnya.

Muat naik foto Musa dengan Noh

Di Instagram Story, Mizz Nina dilihat memuat naik foto Noh bersama anak angkat mereka, Musa. Menerusi posting tersebut, Noh kelihatan tersenyum sambil mendukung Musa. Melalui perkongsian tersebut juga, netizen mendakwa Mizz Nina dan bekas suaminya itu sangat rapat walaupun mereka sudah bercerai. Ujar netizen, Mizz Nina dan Noh sangat profesional dalam membesarkan Musa.

Hasil tinjauan pihak OhBulan! Mizz Nina turut memuat naik beberapa foto di saat bekas suaminya itu membawa Musa bersiar-siar. Bukan itu sahaja, Noh turut dilihat membantu bekas isterinya dalam misi mencari sepupu (oku) Mizz Nina yang hilang baru-baru ini.

Curang dan menipu ‘breaking a boundary’

Terbaru, Mizz Nina turut memuat naik sebuah posting berkenaan ‘relationship‘ di Instagramnya. Menerusi ayat posting tersebut, curang dan menipu boleh membawa kepada kemusnahan sesebuah hubungan. Berikutan daripada itu, warganet mendakwa posting Mizz Nina itu mempunyai kaitan dengan dirinya sendiri selepas apa yang berlaku terhadap rumah tangganya. Walau bagaimanapun, netizen mendoakan kebahagiaan buat kedua-dua selebriti ini.

Sumber: Mizz Nina

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×