Pelawak terkenal, Shuk Sahar menerusi satu hantaran di laman Instagram akhirnya berkongsi foto rayanya semasa syawal yang keempat dan perkongsian tersebut ternyata mencuri perhatian warganet.
Artikel Berkaitan: Anak Shuk Menangis Rindu Ayah, Netizen Doakan Rossa Sera Terus Tabah Besarkan Anak
Artikel Berkaitan: ‘Masih Ada Peluang Ke Untuk Kita Bersatu Balik?’ – Shuk Masih Cuba ‘Pujuk’ Isteri?
Artikel Berkaitan: ‘Dorang Bercuti, Check In….Aku Sabar’ – Rossa Sera
Raya seorang diri?
Menerusi sekeping foto yang dikongsi, dapat dilihat pelawak ini yang segak memakai busana Baju Melayu beserta samping sambil memegang perutnya. Kapsyen pendek yang digunakan turut sempat mempromosikan jenama Baju Melayu yang dipakainya ketika itu.
Budak OOTD Raya Ke-4
Bagaimanapun apa yang menjadi perhatian apabila netizen menerusi ruangan komen, sempat bertanyakan Shuk beraya dengan siapa tahun ini.
Menerusi komen yang lain, Shuk menjelaskan dia beraya di Alma, Pulau Pinang dan sempat membalas beberapa komen yang ditinggalkan.
Menerusi pemerhatian pihak OHBULAN! isteri kepada Shuk, Rossa Sera sebelum ini sempat memuat naik sebuah video di laman Instagram dan menjelaskan raya kali ini lebih bermakna bersama dua cahaya matanya.
Sebagai rekod, Shuk dan Rossa Sera mendirikan rumah tangga pada 20 Disember 2015. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang anak perempuan iaitu Nur Qurratu Ain, 5, dan Nur Assyifatu Aimi, 3.
Sumber: Shuk_Sahar