Hubungan rumah tangga antara pelawak serta usahawan terkenal, Shuk Sahar dan isterinya, Rossa Sera dilihat masih tidak mempunyai jalan penyelesaian. Sebelum ini, Shuk menafikan isterinya telah pergi ke mahkamah syariah seperti mana yang didakwa oleh sesetengah pihak.
Artikel Berkaitan: Shuk Sahar Beri Respon Isu Video Viral, Nafi Isteri Pergi Mahkamah Syariah
Artikel Berkaitan: ‘Masih Ada Peluang Ke Untuk Kita Bersatu Balik?’ – Shuk Masih Cuba ‘Pujuk’ Isteri?
Artikel Berkaitan: ‘Dorang Bercuti, Check In….Aku Sabar’ – Rossa Sera
Anak rindu ayah
Terbaru, pemilik nama Rossalennah Natassyiah Asshaferah berkongsi sebuah video di laman TikTok memaparkan anak perempuannya yang meluahkan rasa rindu terhadap bapanya, Shuk Sahar. Menerusi video dikongsi dapat dilihat kanak-kanak kecil ini gagal menahan sebak sebelum ditenangkan oleh ibunya.
Penantian seorang anak.
Sekadar info, Sera dan Shuk mendirikan rumah tangga pada 20 Disember 2015. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang anak perempuan iaitu Nur Qurratu Ain, 5, dan Nur Assyifatu Aimi, 3.
Sebelum ini, Rossa mendedahkan dia sudah sebulan tidak tinggal sebumbung dengan Shuk dan berada dalam proses untuk failkan penceraian.
Video penuh:
@rossa.sera Penantian seorang anak ? #ytjt #anaktakbersalah #tanggungjawab #fyp ? suara asli – justme
Respon netizen
Sumber: Rossa.Sera