Dikala ramai rakan artis memberi perhatian terhadap isu putus kawan, suami kepada pelakon Nad Zainal iaitu Ungku Ismail dilihat sempat memuat naik satu hantaran di Instagram seakan memberi bayangan terhadap isu yang berlaku.
Artikel Berkaitan: Nad Zainal Mahu Kecilkan ‘Circle’ Punca Bermasam Muka Dengan Rakan Selebriti? – ‘Semua Kawan, Tapi Utama Keluarga’
Artikel Berkaitan: ‘Saya Jumpa Awak Di Alam Lain. Di Situ, Tiada Radar..’ – Sharifah Sakinah
‘Mungkin dia akan membahayakan duniamu’
Menerusi hantaran di Instagram Story, Ungku Ismail atau nama sebenarnya Ungku Ismail Aziz telah berkongsi kata-kata buat mereka yang menjadi mangsa gosip dan difitnah.
Kata-kata tersebut seperti memberi nasihat kepada mereka yang difitnah supaya tidak menghiraukan apa yang berlaku sebaliknya bersyukur kerana mendapat pahala ‘percuma’ daripada si penggosip.
Orang yang dibelakangmu suka membicarakan aib dan kekuranganmu, mencari-cari kesalahan atau kadang memfitnahmu. Mungkin dia akan membahayakan duniamu. Tapi yang jelas, ia sangat bermanfaat buat akhiratmu kerana dipindah pahalanya.
Maka biarkan saja, biar dia meneruskannya. Berbaloi kan, dapat pahala percuma tanpa ibadah?
Terdahulu, kenyataan yang dibuat aktres Nabila Huda menjelaskan dirinya tidak mengenali Nad telah menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan wargamaya. Malah, Nabila mendedahkan akaun Instagram miliknya telah disekat oleh Nad.
Selain kenyataan Nabila, aktres Sharifah Sakinah turut memuat naik satu hantaran di Instagram dengan mengatakan dia mahu memadam semua posting yang pernah dibuat sewaktu Nad dimasukkan ke hospital pada November tahun lalu disebabkan jangkitan kuman pada paru-paru.
Susulan daripada kenyataan Nabila dan Sakinah, wargamaya membuat kesimpulan dengan mendakwa hubungan mereka bersama Nad ketika ini berada dalam keadaan kurang baik.
Sekadar info, Ungku Ismail dan Nad Zainal sah bergelar suami isteri pada 23 Januari 2023.
Sumber: Instagram Ungku Islam