Bayaran zakat adalah satu kewajipan bagi seluruh umat Islam yang berkemampuan dan zakat terdiri daripada beberapa bahagian iaitu zakat pendapatan, zakat perniagaan, zakat KWSP, zakat emas dan lain-lain lagi.
Di Instagram, pelakon dan usahawan terkenal, Aeril Zafrel dilihat sudah membayar zakat ke atas dirinya, isteri dan syarikat untuk tahun ini.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Bila Kau Puji Perempuan Lain Begitu…Kita Isteri Ni Rasa Geli’
Alhamdulillah
Menerusi video yang dikongsikan, Aeril membayar zakat sebanyak RM1,015,000 kepada wakil Lembaga Zakat Selangor. Isterinya, Wawa Zainal dilihat menulis jumlah tersebut di atas sekeping cek sebelum ianya diserahkan kepada wakil berkenaan dengan cara yang betul.
Menerusi video tersebut juga, rata-rata netizen terhibur membaca kapsyen yang ditulis oleh pelakon ‘Sabda Kekasih’ itu. Aeril sempat mengusik Wawa dan mengatakan bahawa isterinya setuju mempunyai madu Turki.
Alhamdulillah Wawa setuju ada madu Turki.
Berikutan daripada itu, Wawa meninggalkan komen ‘Apo’ terhadap posting berkenaan.
Usik mengusik di antara suami isteri tersebut nampaknya tidak berakhir di situ, apabila Aeril pula meninggalkan komen ‘shaking ke sis?’.
Menjengah di ruangan komen lagi, netizen turut memberi pujian buat pasangan tersebut kerana tidak pernah mengabaikan tanggungjawab mereka sebagai umat Islam.
Video
View this post on Instagram
Sumber: Aeril Zafrel