Hari ini, media digemparkan dengan berita perkahwinan penyanyi rap terkenal, Caprice dengan pasangannya, Farra. Difahamkan, wanita pilihan Caprice itu berasal dari negeri Che Siti Wan Kembang iaitu Kelantan.
Artikel berkaitan: Tahniah! Caprice Pilih Wanita Kelantan Jadi Isteri
Terbaru, Caprice dilihat memuat naik video perkahwinannya di Instagram. Pada masa yang sama, pelantun suara ‘Kau Hade’ ini memperkenalkan isterinya kepada umum.
Saya akan kongsikan nanti
View this post on Instagram
Halal @farra_inalis. Sorry ive been away for over 40 days now. Been going through a lot. InsyaAllah dalam masa terdekat ill share what happened.
Menerusi video berdurasi 0:37 saat itu, Caprice berkongsi sedikit teaser momen bahagianya hari ini. Ujar Caprice, dia ingin memohon maaf kepada semua pihak kerana terpaksa menjauhkan diri selama 40 hari daripada media sosial. Selepas apa yang berlaku selama ini, Caprice berjanji akan memberitahu kepada umum mengenai apa yang sudah berlaku terhadap dirinya selama tempoh berdiam diri itu.
View this post on Instagram
Selain video perkahwinan, Caprice turut memuat naik video mereka memilih cincin kahwin sebelum ini. Menerusi posting tersebut, Caprice dilihat tidak memuat naik sebarang kapsyen mahupun memberikan penjelasan.
Janda anak satu?
Menerusi pemerhatian pihak Ohbulan! di Instagram Farra, wanita tersebut dipercayai seorang ibu tunggal yang mempunyai seorang anak perempuan. Di ruangan komen, rata-rata peminat mendoakan yang terbaik buat Caprice dan Farra. Mereka juga berharap hubungan pasangan ini kekal hingga ke akhir hayat.
Sumber: Caprice