berita

Muat Turun Borang Permit Pergerakan PKP, PKPB Sebelum Rentas Negeri

January 13th, 2021 | by Amat
Kini Trending

Baru-baru ini, Perdana Menteri iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ke enam buah negeri iaitu Selangor, Johor, Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Wilayah Persekutuan bermula 13 hingga 26 Januari 2021. Pelaksanaan PKP ini adalah bagi mengekang penularan wabak Covid-19.

Artikel berkaitan: ‘PKP Di 6 Negeri Bermula 13 Januari 2021’ – Perdana Menteri

Artikel berkaitan: Tak Boleh Rentas Daerah, Negeri Sepanjang PKP. Pergerakan Terhad 10KM Sahaja

Artikel berkaitan: ‘Mereka Yang Sudah Beli Tiket Penerbangan & Bas Ekspress Boleh Pulang’ – MKN

Terbaru, kerajaan masih memberi kelonggaran untuk rakyat pulang ke kampung halaman selewatnya hari Jumaat ini. Namun, anda dikehendaki untuk mengisi Borang Permit Pergerakan PKP untuk mendapatkan kebenaran daripada pihak polis.

Borang permit PKP, PKPB

Buat anda yang berada di enam negeri yang dimaksudkan iaitu Selangor, Johor, Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Wilayah Persekutuan, boleh muat turun Borang Permit Pergerakan PKP disini. Borang ini perlu diisi dengan dua salinan dan dibawa ke balai polis berdekatan kediaman anda bagi proses kelulusan.

Manakala, bagi anda yang berada di kawasan PKPB pula, termasuk Pahang, Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Terengganu dan Kelantan boleh muat turut Borang Permit Pergerakan PKPB disini dan melakukan dua salinan sebelum dibawa kelulusan pihak polis.

Kedua-dua borang ini adalah bagi sesiapa yang berhasrat untuk merentas daerah atau negeri bagi tujuan tertentu.

Sumber: Polis Diraja Malaysia

SKIP THIS AD ×