berita

Muatnaik Status Kait Muslim Dengan Rusuhan Kuil, Ganabatirau Dipanggil Polis

December 3rd, 2018 | by faris
Isu & Kontroversi

Tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Kemuning, V Ganabatirau memuatnaik status Facebooknya mengaitkan kumpulan Muslim dengan rusuhan Kuil Sri Maha Mariamman tempoh hari membangkitkan kemarahan ramai. Ganabatirau kemudiannya menyunting posnya itu setelah dikecam.

Berhubung kejadian itu, Ganabatirau akan dipanggil pihak polis akibat tindakannya itu.

Dipanggil petang ini

Ganabatirau yang juga Exco Selangor mengesahkan akan memberi keterangan kepada pihak polis berkenaan kenyataannya dalam isu rusuhan kuil itu.

Saya sahkan akan dipanggil polis untuk diambil keterangan mengenai kenyataan saya tempoh hari.

Sepatutnya, saya perlu hadir di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor tetapi disebabkan ada mesyuarat perlu dihadiri, polis akan datang zke pejabat saya petang ini.

Edit status setelah dikecam

Ganabatirau menerusi akaun Facebooknya memuatnaik satu status dengan kejadian yang berlaku di kuil itu dengan mendakwa ‘Muslim group’ terbabit dengan serangan kuil. Ini dilihat sedikit sebanyak menjejaskan keharmonian masyarakat majmuk.

Dia kemudiannya menyunting status itu dengan menggantikan perkataan ‘Muslim group’ kepada ‘group of gangsters’ setelah menerima kecaman ramai.

Ganabatirau kemudiannya mengatakan dia sudah memberi kenyataan dan berharap tiada pihak yang mengeluarkan kenyataan mencetuskan rasa kurang selesa selepas ini.

Saya sudah bagi kenyataan. Jangan ada pihak keluarkan kenyataan mengguris yang mampu timbulkan rasa kurang selesa.

Hal ini kita serahkan kepercayaan sepenuhnya kepada polis supaya mereka dapat menyiasat motif sebenar kejadian ini.
The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×