Bila cakap pasal proses penyediaan juadah untuk seisi keluarga, memang leceh. Mana taknya, nak buat juadah yang betul-betul sedap dan berkhasiat bukan mudah! Bahan-bahan, cara penyediaan dan penggunaan ketuhar juga memainkan peranan.
Kalau admin kata ada perkakas yang boleh bantu mudahkan kerja korang di dapur, happy tak? Betul! Dengan ketuhar baru keluaran Panasonic segalanya makin mudah! Bukan saja memudahkan kerja, malah ia mampu membantu korang menghasilkan juadah yang lebih berkhasiat. Nak tau apa kelebihan ketuhar baru ni?
Jimat masa & rasa yang lebih enak!
Ketuhar terbaru keluaran Panasonic yang diberi nama Big Cubie Oven (NU-SC300BMPQ) ni mampu menghasilkan juadah yang menyelerakan untuk seisi keluarga dalam tempoh masa yang pendek. Jadi, anak-anak taklah menunggu lama ketika korang di dapur!
Katakanlah korang banyak tugas di rumah dan tak sempat masak. Anak-anak pulak dah tanya “ibu masak apa hari ni?” Haa, apa kata masak menu simple dengan Big Cubie Oven, kejap je siap!
Kalau biasanya korang perlukan sekurang-kurangnya 40 minit waktu penyediaan, dengan Big Cubie Oven hidangan korang boleh siap dalam masa 20 minit je! Kan jimat masa tu?
3 sebab kenapa Panasonic Big Cubie Oven perfect untuk seisi keluarga
Selain menjimatkan masa, admin juga nak share dengan korang 3 lagi sebab kenapa korang kena dapatkan Big Cubie Oven supaya mudahkan kerja korang di dapur.
Salah satu sebab, ia mampu mengubah juadah korang menjadi sesuatu yang bagus untuk kesihatan seisi keluarga! Selain tu, Big Cubie Oven juga…
1. Teknologi Stim Panaslampau
Panasonic Big Cubie Oven dilengkapi sistem double-boiler baru bagi menghasilkan “superheated steam” yang mengasingkan minyak dan garam. Korang boleh stim atau stu hidangan secara perlahan sehingga 3 jam, jadi ia lebih sihat!
2. Cara masakan serba boleh
Big Cubie Oven juga dilengkapi 6 fungsi memasak iaitu stim, stu, goreng secara sihat, perolakan, gril dan penapaian. Jadi, korang ada lebih banyak pilihan cara memasak bagi menghasilkan pelbagai juadah untuk seisi keluarga!
Ia juga mempunyai beberapa fungsi untuk hidangan kukus seperti Low-Temp Steam, Med-Temp Steam & Slow Steam. Bolehlah korang masak ayam hainan, ikan kukus, kek dan macam-macam lagi lauk sedap-sedap ni!
3. Rekaan premium & berkapasiti besar
Bagi korang yang mementingkan kualiti dan ketahanan sesuatu produk, Big Cubie Oven adalah pilihan paling tepat kerana ia diperbuat daripada keluli tahan karat dan berkapasiti 30L. Besar kan? Tak perlu masak banyak kali. Sekali harung je!
Big Cubie Oven juga dilengkapi 2 lapisan yang sesuai bagi memasak hidangan kukus dan perolakan. Jadi, boleh masak banyak menu untuk dimakan waktu petang dan malam nanti. Laaagi jimat masa!
Malah, ia juga dilengkapi panel kawalan sentuhan electrostatic yang kelihatan mewah, canggih dan elegan. Jiran sebelah pun boleh cemburu dengan kelengkapan dapur korang nanti!
https://www.youtube.com/watch?v=6nyEQ3z10Bw&feature=youtu.be
Tunggu apa lagi? Jom dapatkan Big Cubie Oven di kedai Panasonic berhampiran pada harga RM2,799. Jadikan proses penyediaan juadah untuk seisi keluarga korang lebih mudah.
Dengan setiap pembelian Big Cubie Oven, korang akan menerima Thermocafe 2-Tier Lunch Box dan Panasonic Big Cubie Oven Cookbook edisi terhad*.
Untuk maklumat lanjut mengenai Panasonic Big Cubie Oven, layari laman web Panasonic.
*Sementara stok masih ada