berita

Mufti Wilayah Persekutuan Bagi Sebab Kenapa Liverpool Kalah 3 Perlawanan Berturut-Turut

March 5th, 2020 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Pasukan bola sepak Liverpool telah dikejutkan dengan kekalahan 3 kali berturut-turut selepas memegang rekod 44 kali tanpa kalah di dalam liga. Berikutan dengan itu, Mufti Wilayah Persekutuan, Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri telah memberi pandangan berkenaan dengan kekalahan pasukan kegemarannya itu.

Peminat Liverpool seluruh dunia kecewa

Baginya, kekalahan Liverpool sebanyak 3 kali dalam 4 perlawanan terakhir mereka dalam setiap kejohanan telah membuatkan peminat fanatik merasa sedih dan kecewa. Hampir meleburkan rekod Arsenal yang pernah memenangi liga tanpa kalah satu perlawanan, Liverpool masih mempunyai harapan untuk menjulang pialan liga.

Jadual perlawanan yang padat

Tambahnya lagi, pasukan Liverpool kalah kerana mereka terlampau selesa selepas memenangi setiap perlawanan tanpa rasa beban. Akibatnya, pasukan mereka terleka dan kalah dalam 3 perlawanan berturut-turut. Selain itu, dia turut memberi sebab kekalahan pasukan Liverpool disebabkan oleh jadual perlawanan yang sangat padat. Oleh sebab itu, pemain tidak dapat cukup rehat untuk mengharungi setiap perlawanan dalam masa yang singkat.

Perlu beri perhatian pada taktikal

Di samping itu, dia turut menegaskan bahawa pasukan Liverpool perlu mengambil perhatian kepada taktikal pasukan lawan yang sentiasa membuat taktikal betahan sebelum melakukan serangan balas kepada Liverpool.

Sumber: Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×