Anggota bomba dan penyelamat Muhammad Adib Mohd Kassim yang kritikal dalam kejadian kekecohan Kuil Sri Maha Mariamman, USJ kini menerima rawatan lanjut di Institut Jantung Negara (IJN).
Muhammad Adib dikatakan duduk di bahagian penumpang hadapan unit EMRS ditarik keluar oleh kumpulan perusuh sebelum dipukul. Bagaimanapun, Badan Bertindak Kuil Sri Maha Mariamman menafikan perkara itu.
Dakwa bantu Muhammad Adib
Setiausaha Badan Bertindak Kuil Sri Maha Mariamman, V K Regu mendakwa, insiden berkenaan bermula apabila jentera bomba mengundur laju sebelum sekumpulan perusuh berteriak mengatakan ada seseorang di belakang.
Tindakan mereka mengetuk cermin adalah untuk memberitahu ada seseorang di belakang, namun jentera bomba berkenaan mengundur dengan laju.
Dia (Muhammad Adib) bukan dipukul, malah kami yang berada di situ membantu mengeluarkannya.
Tak kenal semua
Ujar VK Regu lagi, pihaknya mempunyai bukti tentang kejadian berkenaan namun tiada laporan polis dibuat.
Kami sudah beritahu kepada kementerian, kami juga baru dapat tahu, setakat ini tidak membuat laporan kerana tidak ada kena mengena dengan pihak kuil.
Mereka (kumpulan yang berkumpul) menunjukkan teladan yang baik kami bantu mereka, tapi kami yang diserang.
Dalam pada itu, pengerusi badan itu, SW Ramaji, mengakui tidak mengenali semua yang ada ketika serangan terhadap Muhammad Adib berlaku sehingga anggota itu parah.
Yang datang pagi ini (semalam) ada lebih 10,000 orang. Saya tidak kenal semua. Mereka yang bertanggungjawab terhadap perlakuan masing-masing (termasuk insiden memecahkan cermin pusat beli-belah One City).
Sumber: Harian Metro