berita

Muhammad Dhury Yan & Nur Rambutt’an Bukan Sempena Nama Buah Tapi..

September 5th, 2018 | by faris
Kini Trending

Dalam Islam, ibu bapa yang baru menerima kehadiran bayi dalam rumahtangga wajib memberi nama dengan maksud yang baik untuk anak mereka. Ini kerana, nama diberikan akan menjadi identiti diri anak yang akan digunakan sampai ke alam sana.

Viral di media sosial dua-beradik yang mempunyai nama yang cukup unik dan lain dari yang lain. Mereka yang mempunyai nama yang seakan-akan buah-buahan tempatan mendapat perhatian netizen.

Dapat nama daripada orang lama

Dokumen MyKid kepunyaan Muhammad Dhury Yan dan adiknya Nur Rambutt’an tersebar di alam maya dan menjadi bualan pengguna laman sosial. Bapa dua beradik itu, Abi Amin Mahayadin bagaimanapun mengaku terkejut dan kesal dengan pihak yang menularkannya.

Tambahnya, setelah dokumen pengenalan diri kedua-dua anaknya itu viral, dia dihentam oleh netizen tetapi dia tetap berfikiran positif kerana keputusan menamakan anaknya itu dibuat oleh keluarga.

Nama ni dapat dari orang-orang lama, depa orang baik-baik, ada pertalian keluarga juga, macam pangkat tok-tok, jadi kami ikut sahaja.

Suka durian, rambutan

Ujarnya lagi, nama anaknya itu tidak berkaitan sama sekali dengan buah-buahan iaitu durian dan rambutan.  Difahamkan, Muhammad Durry Yan diberi gelaran Yan dalam keluarga manakala Nur Rambutt’an digelar Adik An atau Nora.

Abi Amin mengharapkan masyarakat menghormati keputusan keluarga itu tanpa meninggalkan sebarang persepsi sehingga menjejaskan masa depan anak-anaknya.

Wartawan Sinar Harian yang sempat menemubual Yan dan Adik An, mengakui mereka sukakan buah-buahan tempatan termasuk durian dan rambutan. Yan berkata, dia suka makan durian dan mengakui adiknya juga sukakan buah rambutan.

Sumber: Sinar Harian

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×