berita

Muhyiddin Yassin Respon Kenyataan Mahu Masukkan 1MDB Dalam Mata Pelajaran Sejarah

December 5th, 2018 | by Amat
Isu & Kontroversi

Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik menafikan dakwaan berhubung kenyataan isu 1MDB sebagai sukatan pelajaran Sejarah di sekolah. Dia berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan dari Datuk Seri Ahmad Maslan pada sesi soal jawab semasa Sidang Dewan Rakyat tempoh hari.

Artikel berkaitan: ‘Laporan Media Tidak Tepat’ – Dr Maszlee Nafi Mahu Masukkan 1MDB Dalam Subjek Sejarah

Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi respon setelah mendapat penjelasan berhubung kenyataan Menteri Pendidikan itu. Dia juga menasihati media supaya lebih berhati-hati mengeluarkan kenyataan agar tidak berlaku salah faham.

Saya sudah terima penjelasan

Semua dan saya juga kena berhati-hati, media pun tolong bantu. Saya dah terima penjelasan daripada beliau dan eloklah dia buat pembetulan begitu untuk memberi penerangan. Lagipun, saya juga pernah menjadi Menteri Pendidikan, apa sahaja yang hendak dimasukkan ke dalam silibus mata pelajaran sejarah perlu diteliti oleh panel tertentu.

Tan Sri Muhyiddin Yassin juga menasihatkan semua pihak yang mengeluarkan kenyataan supaya lebih berhati-hati agar tidak berlaku sebarang salah faham. Bagaimanapun, bekas Timbalan Perdana Menteri itu menyalahkan laporan media yang dianggap tidak tepat.

Bagaimanapun, Setiausaha Akhbar, Shahrul Aman Mohd Saari menyifatkan perkataan ‘sejarah‘ yang disebut Dr Maszlee Malik itu tidak merujuk kepada sukatan pelajaran, tetapi sejarah Malaysia secara am.

Sumber: Metro

SKIP THIS AD ×