berita

Mujur Polis ‘Escort’…

June 3rd, 2020 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Polis Di Raja Malaysia (PDRM) bukan sahaja mampu menyelesaikan kes-kes jenayah di negara ini namun bertindak sebagai wira rakyat dengan membantu segala masalah. Seorang wanita berkongsi jasa baik PDRM yang memberi bantuan pengiring semasa dalam kesesakan jalan raya ketika dalam kecemasan.

Menerusi Facebook Nor Athira Adnan, dia menceritakan bahawa ketika dia sedang dalam perjalanan menghantar adiknya ke hospital untuk melahirkan anak, dia meminta bantuan polis yang kebetulan berada di kawasan berkenaan. Dua buah motosikal peronda polis dilihat membantu mengiringnya sehingga sampai ke hospital.

Alhamdulillah selamat semuanya

Cerita semalam, Alhamdulillah selamat semuanya. Semalam sis nak hantaar adik ke hospital, setiap kali dia contraction dalam kereta sis gelabah la. Bawa la selaju yang boleh. Jalan dengan jemnya, sis buka double signal.

Bawa laju terserempak la dengan abang-abang polis. Sis potong diorang. Dengan ekzos si yang menarik perhatian abang-abang PDRM ni. Berhenti satu traffic light, diorang tanya kenapa, sis tunjuk mak buyung sebelah tengah menahan sakit.

Menurutnya, dia dalam keadaan cemas ketika dalam perjalanan ke hospital apabila adiknya mengalami contraction ketika di dalam kereta. Dia terpaksa membuka lampu kecemasan dan pandu secepat yang mungkin. Keadaan jalan raya pula sesat ketika itu. Namun nasibnya baik kerana terserempak dengan unit peronda motosikal polis yang berada di situ.

Tak sempat ucap terima kasih

Terus abang polish suruh jalan. Escort sampai jalan hospital. Lancar perjalanan Apa pun tak sempat ucap terima kasih. Siapa pun mereka, dimana beliau berada, semoga sentiasa dipermudahkan urusan mereka. Terima kasih PDRM Gombak, PDRM Rawang. Terima kasih kepada tuan-tuan yang sangat prihatin. Membantu dan sangat terbantu.

Anggota polis terus menyuruhnya untuk memandu kereta ke hospital sambil diiringi mereka. Pihak polis mengawal keadaan lalu lintas dan memberi ruang kepadanya ketika jalan sesak. Dia bersyukur kerana adiknya sempat tiba di hospital sebelum melahirkan anak. Justeru itu, dia mengucapkan jutaan terima kasih kepada anggota yang terlibat kerana membantunya.

Sumber: Nor Athira Adnan

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×