Situasi telefon bimbit tercicir pasti mencemaskan setiap individu. Tidak kisahlah sama ada tercicir di kedai makan ataupun di dalam tandas. Telefon bimbit boleh diibaratkan sebagai nyawa kedua setiap individu kerana menyimpan pelbagai maklumat penting selain harganya yang mahal.
Menerusi Facebook Ummu Ahmad berkongsi detik mencemaskan dirinya yang tercicir telefon bimbit di dalam tandas sebuah panggung wayang. Tindakan pantas pekerja panggung wayang yang membantu dirinya membuahkan hasil apabila dia menemui semula telefon bimbitnya itu. Tambah mengejutkan lagi, individu yang mengambil telefonnya itu hanya berdiri dihadapannya sahaja.
Tertinggal dalam tandas
Hari ni saya bawa anak-anak tengok cerita Frozen 2 di GSC Alamanda. Tengah syok layan Frozen, seorang anak nak ke toilet. Bawa pergi toilet, maknya pun tumpang sekaki. Letak hp kat atas tempat letak barang di sebelah flush dalam toilet sebab takut dalam poket nanti terjatuh pula. Dah tolong anak pakaikan semula seluar dia kami masuk semula dalam bilik tayangan Frozen. Masa nak duduk baru teringat hp tertinggal kat dalam toilet tadi. Pesan dekat anak-anak mak nak ke toilet balik. Bila sampai ke toilet, toilet yang saya pakai tadi ada orang. Elok orang tu keluar, saya terus tanya ada ternampak tak hp tertinggal kat belakang tu. Rupanya staf GSC.
Berlaku adegan kejar mengejar
Dia kata tak ada, saya terus dah gelabah hp hilang dah. Adik tu tanya saya kak pakai hp apa? Saya kata Iphone. Dia keluarkan hp dia juga Iphone. Akak pandai pakai trace Iphone tak? Tanya dia. Aa boleh, jawab saya. Saya masukkan Iphone ID dan password, terus keluar location hp saya masih dalam Alamanda. Berlaku adegan kami mengejar hp saya yang telah dibawa lari. Kata adik tu, kita kena cepat akak sebelum dia keluar dari Alamanda. Direction dalam Find My Iphone menunjukkan hp tu berenti di McDonald Alamanda.
Muka kakak tu terus berubah
Dah macam dalam cerita hindustan kami dua orang berlari naik eskalator, mengelak orang ke kiri ke kanan, sampai la kami sampai betul-betul depan lokasi yang ditunjukkan. Saya pun tekan button beeping my Iphone. Rupanya kakak yang berdiri di belakang saya yang menyimpan hp saya tu. Muka kakak tu dah berubah bila Iphone saya duk menjerit-jerit dari dalam handbeg dia. Saya pun send mesej melalui aplikasi find my Iphone tu mengatakan hp ini hilang. Sila hubungi number 011-xxxxxxx. Automatic hp tu dah disable masa tu kecuali boleh call ke number yang saya masukkan tadi. Saya pun pergi ke kakak tu dan minta hp saya. Alhamdulillah rezeki hp saya masih nak balik ke saya. Alhamdulillah syukur banyak-banyak.
Pekerja yang sangat berdedikasi
Berjalan la kami balik semula ke GSC sebab tinggal anak 4 orang dalam tu duk tengok Frozen 2. Diorang tak tau mak diorang dah macam atlet tadi berlari pecut maraton dalam Alamanda.
Terima kasih yang tak terhingga buat adik Insyhirah, staf GSC Alamanda yang bantu saya menjadi ajen ali tadi sampai dapat balik hp saya. Next week kita tengok Ejen Ali pulak yer. Kat bawah nie gambar adik Insyirah staf GSC yang sangat berdedikasi tadi. Gambar kakak yang simpan hp saya tadi sampai bawa keluar dari GSC walaupun movie dia tengok tak habis lagi tu saya simpan dalam memori saya saja.
Sumber: Ummu Ahmad